Article
Lelaki Dipercayai Tidak Siuman Diberkas Polis
Sebuah kereta peronda dan dua buah motosikal polis rosak selepas diserang seorang lelaki dipercayai tidak siuman yang bersenjata parang dalam kejadian amuk di...
Sebuah kereta peronda dan dua buah motosikal polis rosak selepas diserang seorang lelaki dipercayai tidak siuman yang bersenjata parang dalam kejadian amuk di sebuah flat di Nilai Perdana, Nilai, semalam.
Kejadian ini berlaku selepas menerima panggilan daripada seorang wanita memaklumkan suaminya yang berusia 46 tahun mengamuk.
Kehadiran dua anggota polis dari Balai Polis Nilai menyebabkan lelaki itu bertindak mengacukan parang ke arah mereka dari tingkat tiga rumahnya, kemudiannya turun ke bawah dan merosakkan kereta peronda.
Sumber : Kosmo