Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Dipenjara 20 Bulan Miliki Barangan Berkaitan Is

Published: 29 Jun 2016 12.34 AM Updated: 15 Aug 2026 7.23 PM
Kuala Lumpur - Seorang pereka grafik dipenjara 20 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas tuduhan memiliki barang berkaitan kumpulan militan IS dan enam keping wang palsu, Mac lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-dipenjara-20-bulan-miliki-barangan-berkaitan-is
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 07:57 MYT


Kuala Lumpur - Seorang pereka grafik dipenjara 20 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas tuduhan memiliki barang berkaitan kumpulan militan IS dan enam keping wang palsu, Mac lalu.

Hukuman itu dijatuhkan selepas tertuduh, Muhammad Saiful Hashim, 35, mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ab Karim Ab Rahman.
Ab Karim memerintahkan 20 bulan penjara bagi setiap pertuduhan dan turut memerintahkan hukuman berjalan serentak bermula tarikh tertuduh ditangkap pada 22 Mac lalu.

Dalam penghakimannya, Ab Karim berkata, Muhamad Saiful bukan sahaja memiliki gambar berkaitan IS tetapi turut memiliki wang palsu, sekaligus menyifatkan tertuduh mempunyai minat dengan kumpulan IS.

“Selain itu, kamu mempunyai rekod lampau iaitu mencuri dan memiliki dadah. Walaupun tidak berkaitan kes ini, tetapi ia menunjukkan kamu suka melakukan kesalahan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Lelaki Dipenjara 20 Bulan Miliki Barangan Berkaitan Is

ArticlePublished 29 Jun 2016 12.34 AMUpdated 15 Aug 2026 7.23 PM