Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Dikelar Di Leher Dan Bahu Rantai Emas Dilarikan

Published: 27 Dec 2017 9.24 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 27 Disember 2017 - Seorang lelaki warga tempatan cedera di bahagian leher dan bahu akibat dikelar dua individu dalam kejadian samun di pangsapuri Blok 10, Desa Mentari 2, Petaling Jaya, dekat sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-dikelar-di-leher-dan-bahu-rantai-emas-dilarikan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:41 MYT


Kuala Lumpur, 27 Disember 2017 - Seorang lelaki warga tempatan cedera di bahagian leher dan bahu akibat dikelar dua individu dalam kejadian samun di pangsapuri Blok 10, Desa Mentari 2, Petaling Jaya, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa yang sedang menunggu lif di pangsapuri berkenaan didatangi dua suspek yang dikenali sebagai ‘Ravi’ dan ‘Tamil Aresen’ dari arah belakang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata akibat serangan mengejut itu, mangsa yang berumur 44 tahun tersebut terjatuh dan tidak mampu mempertahankan diri.

“Seorang daripada suspek memegang tangan, memeluk mangsa dari belakang dan terus mengelar leher serta bahu mangsa.

“Suspek juga disyaki merampas rantai leher warna keemasan milik mangsa yang dianggarkan bernilai RM10,000. Mangsa cuba melawan suspek tetapi gagal. Kedua-dua suspek terus melarikan diri sebaik sahaja melihat mangsa berdiri,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Zani berkata mangsa kemudiannya menghubungi rakannya untuk meminta bantuan dan membawanya ke hospital berdekatan.

Beliau berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan.

- BERNAMA

ArticlePublished 27 Dec 2017 9.24 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM