Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lelaki Dihukum Gantung Edar 1 875 7 Gram Dadah

Diterbitkan: 19 Jun 2014 2.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar 1,875.7 gram methamphetamine, dua tahun lepas...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-dihukum-gantung-edar-1-875-7-gram-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:35 MYT
George Town, 6 Mac - Seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi
hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar 1,875.7 gram methamphetamine, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Adhy Tedjajadi, 35, tidak boleh dipercayai dan tidak mempunyai asas yang kukuh.

"Pihak pembelaan juga gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Justeru, tertuduh didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati," katanya.

Adhy yang berkemeja warna biru kelihatan tenang dan mengangguk tanda faham ketika hakim menjatuhkan hukuman terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, Adhy yang bekerja sebagai pengaturcara komputer dan tinggal di Bandung, Indonesia didakwa melakukan kesalahan itu di ruang ketibaan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada 5.40 petang, 15 Ogos 2012.

Dadah itu ditemui oleh polis di dalam sebuah beg selepas proses imbasan beg dijalankan di kaunter imigresen di lapangan terbang berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Talib manakala Adhy diwakili peguam Azura Alias.
 
Sumber:BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 2.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM