Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Didenda Rm20 000 Kerana Judi Dalam Talian

Published: 28 Aug 2018 1.00 PM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Jempol, 28 Ogos 2018 - Seorang lelaki didenda RM20,000 dan sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret Bahau, hari ini, kerana menjalankan kegiatan judi dalam talian di sebuah rumah di Taman Satelite, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-didenda-rm20-000-kerana-judi-dalam-talian
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:00 MYT

Jempol, 28 Ogos 2018 - Seorang lelaki didenda RM20,000 dan sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret Bahau, hari ini, kerana menjalankan kegiatan judi dalam talian di sebuah rumah di Taman Satelite, di sini.

Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali menjatuhkan hukuman itu selepas Sin Jun Wei, 39, mengaku bersalah sebaik pertuduhan mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, dibacakan jurubahasa mahkamah.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hijrah Wan Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam, S Paul Krishnaraja.

Tertuduh bagaimanapun memohon penangguhan hukuman penjara bagi membolehkan kes didengar di Mahkamah Tinggi Seremban.

Mohamad Redza kemudian membenarkan penangguhan dan tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM3,000.

Tertuduh ditahan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Darah (IPD) Jempol, sebaik menyerbu sebuah premis yang menjalankan aktiviti judi dalam talian, jam 10 malam, pada 2 Ogos lalu.

Dua telefon bimbit yang digunakan sebagai kios untuk kemasukan kredit ke akaun pelanggan dan wang tunai berjumlah RM720 turut dirampas.

ArticlePublished 28 Aug 2018 1.00 PMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM