Lelaki Dicekup Rakam Gambar Dari Bawah Skirt Gadis
Tindakan seorang lelaki merakam gambar dari bawah skirt seorang gadis yang sedang menaiki escalator di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur memakan diri apabila perbuatan kejinya itu disedari kekasih mangsa.
Dalam kejadian pada pukul 6.10 petang kelmarin, mangsa yang berusia 21 tahun bersama teman lelakinya sedang menaiki escalator dari tingkat satu ke tingkat dua di pusat beli beah terbabit.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Shahrul Othman Mansor berkata, teman lelaki mangsa ternampak perbuatan suspek yang leka memegang telefon bimbit sambil merakam gambar dari bawah skirt mangsa yang juga merupakan seorang pelajar.
SUMBER : KOSMO