Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lelaki Diberkas Selepas Lori Dilarikan Terbalik

Diterbitkan: 19 Jun 2014 2.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Hulu Terengganu, 2 Mac - Seorang lelaki yang menceroboh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini semalam, dapat diberkas selepas lori yang dicurinya terbabas dan terbalik ketika menuju Jalan Batu 24 di ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-diberkas-selepas-lori-dilarikan-terbalik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 02:39 MYT

Hulu Terengganu, 2 Mac - Seorang lelaki yang menceroboh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini semalam, dapat diberkas selepas lori yang dicurinya terbabas dan terbalik ketika menuju Jalan Batu 24 di sini.

Lelaki berusia 28 tahun itu melarikan sebuah lori tiga tan di tepi Jalan Besar Kuala Berang selepas meloloskan diri dari IPD itu setelah gagal mencuri kenderaan polis pada kira-kira 4 petang.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Hussin Deraman berkata ekoran kemalangan itu, suspek tersepit di tempat duduk pemandu dan dapat dikeluarkan oleh pihak bomba.

"Dia kemudian dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Hasil ujian air kencing terhadap suspek juga mendapati dia positif dadah.

Lelaki itu kini ditahan di lokap IPD untuk membantu siasatan kes itu di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan, katanya ketika dihubungi hari ini. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 2.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM