Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lelaki Curi 14 Katrij Pencetak Bernilai Rm9 500 Diberkas

Diterbitkan: 19 Jun 2014 3.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Batu Gajah, 9 April - Sehari selepas mencuri 14 buah katrij pencetak bernilai RM9,500 dari sebuah pejabat kerajaan di sini, polis berjaya memberkas suspek itu hari ini...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-curi-14-katrij-pencetak-bernilai-rm9-500-diberkas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:07 MYT

Batu Gajah, 9 April - Sehari selepas mencuri 14 buah katrij pencetak bernilai RM9,500 dari sebuah pejabat kerajaan di sini, polis berjaya memberkas suspek itu hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Shaharon Anuar Abdul Latif berkata ketika melakukan jenayah curi itu pada kira-kira 12.48 tengah hari semalam, suspek menyamar sebagai wakil sebuah syarikat kononnya untuk mengambil katrij pencetak kosong di Pejabat Tanah dan Daerah Batu Gajah.

"Seorang kakitangan pejabat itu telah membawa suspek ke stor dan meninggalkannya di situ apabila kakitangan itu pergi semula ke stor, dia mendapati suspek telah tiada dan 19 katrij pencetak bernilai RM9,500 telah hilang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hasil risikan dan rakaman kamera litar tertutup, suspek dan rakannya ditahan di hadapan pejabat TNB di sini pada kira-kira 3 petang dan katrij pencetak itu ditemui pada mereka, katanya.

Shaharon berkata kedua-dua suspek berusia 33 dan 34 tahun masing-masing dari Kuala Lumpur dan Puchong, Selangor itu dipercayai sedang dalam percubaan untuk melakukan perbuatan sama di pejabat lain.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri dalam bangunan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 3.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM