Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Cuba Menculik Diberkas

Published: 16 Jun 2014 8.21 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
BAPA BANTU POLIS CARI SUSPEK CULIK : Tindakan nekad seorang bapa, Saifuddin Abu Samah 'memburu' sendiri seorang lelaki warga asing yang cuba menculik anak perempuannya membuahkan hasil apabila suspek ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-cuba-menculik-diberkas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:27 MYT
BAPA BANTU POLIS CARI SUSPEK CULIK : Tindakan nekad seorang bapa, Saifuddin Abu Samah 'memburu' sendiri seorang lelaki warga asing yang cuba menculik anak perempuannya membuahkan hasil apabila suspek berjaya ditahan polis di Taman Melati Utama, Wangsa Maju, Kuala Lumpur malam tadi.

Suspek, 33 tahun cuba melarikan anaknya, Nur Fariha, 6, ketika isteri serta anak ketiganya itu tertinggal di belakang ketika sedang berjalan ke kereta selepas makan malam di sebuah restoran. Walau bagaimanapun, lelaki itu segera melarikan diri sebaik disergah isterinya, Rohani Abdul Rauf, tanpa sempat membawa kanak-kanak itu.

Dia yang sempat menghantar anak dan isterinya pulang ke rumah mengambil keputusan untuk mencari suspek sebelum terserempak dengan lelaki itu di sebuah stesen minyak di sekitar Taman Melati dan segera menghubungi KPB Wangsa Maju, C/Insp Mispani Hamdan yang kemudiannya datang memberkas suspek.

"Saya nekad mengikuti suspek walaupun tidak tahu sejauh mana dia bersalah. Sekurang-kurangnya tindakan ini membantu pihak berkuasa," ujar Saifuddin.


Lelaki Cuba Menculik Diberkas
ArticlePublished 16 Jun 2014 8.21 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM