Suspek, 33 tahun cuba melarikan anaknya, Nur Fariha, 6, ketika isteri serta anak ketiganya itu tertinggal di belakang ketika sedang berjalan ke kereta selepas makan malam di sebuah restoran. Walau bagaimanapun, lelaki itu segera melarikan diri sebaik disergah isterinya, Rohani Abdul Rauf, tanpa sempat membawa kanak-kanak itu.
Dia yang sempat menghantar anak dan isterinya pulang ke rumah mengambil keputusan untuk mencari suspek sebelum terserempak dengan lelaki itu di sebuah stesen minyak di sekitar Taman Melati dan segera menghubungi KPB Wangsa Maju, C/Insp Mispani Hamdan yang kemudiannya datang memberkas suspek.
"Saya nekad mengikuti suspek walaupun tidak tahu sejauh mana dia bersalah. Sekurang-kurangnya tindakan ini membantu pihak berkuasa," ujar Saifuddin.
