Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Berusia 50 An Direman Bantu Siasatan Kes Samun Kedai

Published: 17 Jun 2014 4.25 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan seorang lelaki berusia 50-an bagi membantu siasatan kes cubaan samun sebuah kedai emas di Jalan Temenggong pada Ahad lepas yang turut menyaksikan seorang suspek mati terkena tembakan pas..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-berusia-50-an-direman-bantu-siasatan-kes-samun-kedai
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:59 MYT
KOTA BAHARU, 12 Jun (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki berusia 50-an bagi membantu siasatan kes cubaan samun sebuah kedai emas di Jalan Temenggong pada Ahad lepas yang turut menyaksikan seorang suspek mati terkena tembakan pasukan keselamatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata lelaki itu ditangkap di rumahnya di Ketereh di sini dan kini ditahan reman selama lima hari bermula kelmarin.

"Kita masih menjejaki seorang penyamun yang berjaya meloloskan diri dalam cubaan samun kedai emas terbabit," katanya kepada pemberita, di sini Rabu.

Mengulas lanjut, Lai berkata polis turut menyiasat kemungkinan kumpulan itu terbabit dalam beberapa kes samun lain di bandar raya ini beberapa bulan lepas.

Dalam kejadian Ahad lepas, suspek berusia 32 tahun itu maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis apabila cuba menyerang anggota pasukan terbabit dalam usaha melarikan diri selepas gagal menyamun kedai emas berkenaan.

Seorang lagi suspek berjaya melarikan diri.

Terdahulu Lai menerima kunjungan delegasi Polis Diraja Thailand di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Delegasi itu diketuai Penasihat Kepada Pesuruhjaya Polis Diraja Thailand Kol Phongsat Sophai dan disertai 76 anggota polis Thailand.

Mengulas kunjungan itu, Lai berkata Polis Kelantan berkongsi maklumat mengenai program komuniti kepolisan yang dilaksana Polis Diraja Malaysia.

"Ia juga lawatan balas oleh Polis Thailand selepas kita melakukan lawatan ke Hatyai, selatan Thailand pada Februari tahun lepas. Tiada sebarang isu berkaitan sempadan dibincangkan dalam pertemuan hari ini," katanya.

Sementara itu, Phongsat berkata Thailand wajar mencontohi usaha Malaysia dalam merapatkan jurang antara rakyat berbilang bangsa.


-- BERNAMA
ArticlePublished 17 Jun 2014 4.25 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM