Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Beri Maklumat Palsu Didenda Rm1 200

Published: 15 Aug 2014 4.55 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang pemuda didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana memberikan maklumat palsu kepada pihak polis di Balai Polis Nilai, 4 Ogos lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-beri-maklumat-palsu-didenda-rm1-200
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:25 MYT
Nilai, 15 Ogos - Seorang pemuda didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana memberikan maklumat palsu kepada pihak polis di Balai Polis Nilai, 4 Ogos lalu.

Tertuduh Fung Wei Ming,33, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Wei Ming didakwa memberi maklumat palsu kepada Inspektor Mohd. Tarmizi Said di pejabat pegawai penyiasat jenayah di mana mendakwa telah disamun dengan membuang kad pengenalan dan begnya di dalam longkang di Labu, Nilai di sini kerana tidak dapat membayar hutang rakannya.

Bagi kesalahan tersebut, Wei Ming telah didakwa di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2.000, atau kedua-duanya.


​Lelaki Beri Maklumat Palsu Didenda Rm1 200

Sumber: Kosmo
ArticlePublished 15 Aug 2014 4.55 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM