Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Bawa 2 Kg Dadah Diberkas

Published: 11 Jul 2014 2.25 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang lelaki warga tempatan yang baru tiba di Balai Ketibaan Domestik Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan selepas pemeriksaan pihak polis menjumpai sejumlah dadah jenis syabu s..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-bawa-2-kg-dadah-diberkas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 02:43 MYT

LELAKI BAWA 2 KG DADAH DIBERKAS

Kuala Lumpur, 8 Julai - Seorang lelaki warga tempatan yang baru tiba di Balai Ketibaan Domestik Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan selepas pemeriksaan pihak polis menjumpai sejumlah dadah jenis syabu seberat dua kilogram disembunyikan di dalam sebuah kotak pembesar suara yang dibawa oleh suspek, bulan lalu.

Suspek yang difahamkan baru tiba dari Sabah dan tidak mempunyai pekerjaan itu ditahan dan diperksa oleh pihak polis selepas dia dikatakan berkelakuan mencurigakan.

Nilai harga pasaran dadah yang dirampas adalah berjumlah RM300,000 dan suspek ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk siasatan lanjut.

ArticlePublished 11 Jul 2014 2.25 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM