Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Bangladesh Lacur 2 Beradik Dicekup Di Klia

Published: 08 Jun 2018 12.24 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Johor Bahru, 7 Jun 2018 - Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan polisbagi membantu siasatan kerana disyaki terlibat dalam kes melacurkan dua beradik berusia 13 dan 10 di bandar raya ini, tahun lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-bangladesh-lacur-2-beradik-dicekup-di-klia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:10 MYT

Johor Bahru, 7 Jun 2018 - Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan polisbagi membantu siasatan kerana disyaki terlibat dalam kes melacurkan dua beradik berusia 13 dan 10 di bandar raya ini, tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Dzulkhairi Mukhtar berkata, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Ahad lalu ketika cuba memasuki negara ini.

Menurutnya, suspek ditahan hasil maklumat Jabatan Imigresen KLIA hasil pemeriksaan lanjut mendapati dia merupakan individu dikehendaki polis.

"Lelaki tersebut kini ditahan reman hingga 9 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376/372 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

ArticlePublished 08 Jun 2018 12.24 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM