Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lebih 300 Batang Kayu Balak Bernilai Rm320 Ribu Dirampas

Published: 19 Aug 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang pemilik kilang ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Kuching kerana memiliki 310 batang kayu balak haram yang bernilai RM320,000 di Tanjung Kunyit, di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lebih-300-batang-kayu-balak-bernilai-rm320-ribu-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:23 MYT

Sibu, 19 Ogos- Seorang pemilik kilang ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Kuching kerana memiliki 310 batang kayu balak haram yang bernilai RM320,000 di Tanjung Kunyit, di sini, petang tadi.

Komander PPM Wilayah 5, ACP Kalai Chelvan Nadarajan berkata, pemeriksaan yang dijalankan ke atas kilang milik suspek menemui longgokan kayu balak pelbagai saiz dan jenis yang belum diproses.

"Kami (polis) mendapati kesemua kayu balak tersebut tidak bercukai dan dipercayai dikumpul di kilang tersebut bagi mengelak daripada membayar royalti," katanya.

Pihak Jabatan Perhutanan Sibu yang hadir membuat pemeriksaan kemudian turut mengesahkan perkara terbabit dan satu laporan polis telah dibuat ke atas kilang tersebut.

Suspek bersama hasil rampasan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sibu untuk siasatan dan tindakan lanjut di bawah Ordinan Perhutanan 1958.
Lebih 300 Batang Kayu Balak Bernilai Rm320 Ribu Dirampas

ArticlePublished 19 Aug 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM