Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lebih 3 000 Peluru Kosong Raifal Ditemui

Diterbitkan: 19 Jun 2014 3.12 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Johor Baharu, 20 Mac - Polis Daerah Seri Alam menemui 3,900 butir peluru kosong di sebuah kedai menjual barangan lusuh di Ulu Tiram Selasa lalu...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lebih-3-000-peluru-kosong-raifal-ditemui
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:42 MYT

Johor Baharu, 20 Mac - Polis Daerah Seri Alam menemui 3,900 butir peluru kosong di sebuah kedai menjual barangan lusuh di Ulu Tiram Selasa lalu.

Dua lelaki tempatan dan tiga lelaki warga asing berusia antara 15 dan 39 tahun turut ditahan di premis itu dalam Ops Cantas.

"Kita akan menyiasat dari mana mereka memperoleh peluru itu dan untuk apa ia akan digunakan," kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff pada sidang media di sini hari ini.

Peluru jenis SME 5.56mm itu adalah untuk kegunaan raifal dan di negara ini ia biasa digunakan untuk senjata M16.

Beliau berkata walaupun peluru itu adalah peluru kosong, tetapi jika diubah dengan diisikan dengan bebola besi, ia boleh mendatangkan kecederaan atau kematian.

Polis juga menemui kabel telekomunikasi berkelajuan tinggi jenis PRS 0.5mm sepanjang 25 meter yang dipercayai dicuri.

Mokhtar berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjatapi 1960 kerana memiliki peluru tanpa lesen.

Mereka yang ditahan itu turut disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Peniaga Sekendhend 1946 kerana tidak memiliki lesen perniagaan barangan lusuh manakala warga asing itu disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan yang sah. 

Lebih 3 000 Peluru Kosong Raifal Ditemui

Sumber : BERNAMA
Foto : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 3.12 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM