Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lebih 21kg Dadah Jenis Heroin Dirampas Kontraktor Ditahan

Published: 17 Jun 2014 2.59 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Hasil pemeriksaan, polis menjumpai 47 bungkusan plastik berisi ketulan dipercayai dadah jenis heroin seberat 21.22 kilogram yang nilai dalam pasaran RM636,690 dan boleh menampung 106,000 penagih dada..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lebih-21kg-dadah-jenis-heroin-dirampas-kontraktor-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:17 MYT


Muar, 15 April - Seorang kontraktor ditahan susulan penemuan dadah jenis heroin seberat 21.22 kilogram bernilai RM636,690 di sebuah pangsapuri di Jalan Salleh di sini Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Supt Shahadan Jaafar berkata polis menahan lelaki berusia 49 tahun itu yang berasal dari Kluang serta merampas dua kereta jenis Toyota Camry dan Honda Civic serta sejumlah barang kemas kesemuanya bernilai RM278,000.

Katanya sebaik menerima maklumat daripada orang awam ketua Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar mengetuai 15 anggota menyerbu rumah berkenaan pada 12 tengah hari, 12 April lepas.

"Hasil pemeriksaan, polis menjumpai 47 bungkusan plastik berisi ketulan dipercayai dadah jenis heroin seberat 21.22 kilogram yang nilai dalam pasaran RM636,690 dan boleh menampung 106,000 penagih dadah.

"Turut dirampas ialah sejumlah peralatan termasuk bahan pewarna yang digunakan untuk mewarna semula dadah asli tersebut sebelum diedar atau dijual kepada penagih," katanya pada sidang akhbar di Mes Pegawai IPD Muar hari ini.

Beliau berkata suspek yang mempunyai isteri berusia 22 tahun dan anak lelaki berumur setahun setengah turut positif dadah.

"Kita juga sedang dalam proses untuk merampas dua buah rumah bernilai ratusan ribu ringgit milik suspek mengikut Seksyen 32 Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988," katanya.

Suspek kini ditahan reman sehingga Jumaat ini dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(a) akta sama iaitu memasukkan dadah dalam tubuh. - BERNAMA
ArticlePublished 17 Jun 2014 2.59 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM