Artikel
Lawatan Timbalan Timbalan Menteri Dalam Negeri
Kuala Lumpur, 6 Ogos – Buat julung-julung kalinya Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Tuan Masir an...
Kuala Lumpur, 6 Ogos – Buat julung-julung kalinya Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Tuan Masir anak Kujat tiba di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman untuk satu lawatan dan taklimat khas PDRM, pagi tadi.
Terdahulu, ketibaan kedua-dua Timbalan Menteri tersebut bersama rombongannya telah disambut mesra oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim dan para pegawai kanan polis di lobi utama Menara 1, Bukit Aman.
Dalam ucapan aluan Timbalan Ketua Polis Negara, beliau yang mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalu-alukan kehadiran dan perlantikan baharu kedua-dua Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri dan mengharapkan gandingan tersebut dapat diterjemahkan dalam satu gerak kerja yang mantap antara PDRM dengan Kementerian Dalam Negeri.
Lawatan yang mengambil masa lebih kurang dua jam tersebut turut diberikan taklimat khas mengenai organisasi dan peranan-peranan di setiap jabatan dalam PDRM oleh Timbalan Pengarah (Operasi), Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Dato’ Zainal Abidin Kassim.
Hadir sama dalam pertemuan yang bersejarah ini adalah Pengarah-pengarah, Timbalan-timbalan Pengarah serta pegawai-pegawai kanan PDRM dan Kementerian Dalam Negeri.

Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Nur Jazlan Mohamed ketika menandatangani Buku Pelawat.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Tuan Masir anak Kujat ketika menandatangani Buku Pelawat.

Sepanjang taklimat.

Gambar kenangan.