
Kuala Lumpur, 25 Oktober 2022 - Perdana Menteri (PM), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob pagi tadi membuat lawatan sulungnya ke Bukit Aman, di sini.
Kehadiran beliau ke Bukit Aman disambut mesra oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani dan timbalannya, DIG Tan Sri Razarudin Husain bersama barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Yang turut hadir mengiringi lawatan PM tadi ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz.
Menerusi lawatan tadi, PM telah ditaklimatkan mengenai persediaan PDRM dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 dan Monsun Timur Laut yang dijangka melanda negara sehingga akhir tahun ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Hazani Ghazali itu turut dihadiri secara maya oleh kesemua Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis Negeri, Komander serta Komandan Pasukan di Pusat Kawalan Malaysia.
Jurugambar: Inspektor Muhammad Asiff Jamaldin, Inspektor Amir Safwan Abdul Radzi, Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamaruddin, Lans Koperal Muhammad Izqhar Zainal Abidin dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.