Lawatan Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam Pahang Ke Bukit Aman
Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Santher Kumar A/L Sehgar
Bukit
Aman , 12 Disember - Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, Pahang telah
mengadakan lawatan sambil belajar dan mengikuti sesi taklimat yang
dikendalikan oleh ASP Kavetha Nadarajah, Pegawai Unit Portal dan Media
Sosial di Kompleks Bukit Aman dan Taklimat, pagi ini.
Seramai
44 orang pelajar Tingkatan 5 yang diiringi oleh 6 orang guru penasihat
hadir dalam dalam lawatan pada hari ini dan skop-skop taklimat adalah
berkisar tentang tentang sejarah awal polis, susunan organisasi pangkat
dan ciri-ciri anggota polis, organisasi pentabdiran polis dan peranan
Jabatan-Jabatan PDRM dalam memerangi jenayah di negara ini. Selain
daripada itu, para pelajar turut didedahkan dengan seksyen-seksyen yang
melanggar kesalahan berkaitan kehormatan diri serta panduan nasihat
apabila pelajar menghadapi situasi kes serangan seksual yang semakin
membimbangkan dewasa ini.
Turut hadir, ACP Ramli bin Mohamed Yoosuf,
Penolong Ketua Urus Setia KPN Komunikasi Koporat, Pegawai Kanan Cawangan
Komunikasi Koporat dan anggota Polis Diraja Malaysia.
Selesai
sesi taklimat, para pelajar telah dibawa Muzium Polis untuk berkongsi
sejarah serta melihat koleksi pameran barang-barang polis.
Gambar Sepanjang Sesi Lawatan...