Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lawatan Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam Pahang Ke Bukit Aman

Published: 12 Jun 2014 3.52 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, Pahang telah mengadakan lawatan sambil belajar dan mengikuti sesi taklimat yang dikendalikan oleh ASP Kavetha Nadarajah, Pegawai Unit Portal dan Media Sosial di Komp..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-sekolah-menengah-agama-bukit-ibam-pahang-ke-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:55 MYT

Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Santher Kumar A/L Sehgar 

Bukit Aman , 12 Disember - Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, Pahang telah mengadakan lawatan sambil belajar dan mengikuti sesi taklimat yang dikendalikan oleh ASP Kavetha Nadarajah, Pegawai Unit Portal dan Media Sosial di Kompleks Bukit Aman dan Taklimat, pagi ini.

Seramai 44 orang pelajar Tingkatan 5 yang diiringi oleh 6 orang guru penasihat hadir dalam dalam lawatan pada hari ini dan skop-skop taklimat adalah berkisar tentang tentang sejarah awal polis, susunan organisasi pangkat dan ciri-ciri anggota polis, organisasi pentabdiran polis dan peranan Jabatan-Jabatan PDRM dalam memerangi jenayah di negara ini. Selain daripada itu, para pelajar turut didedahkan dengan seksyen-seksyen yang melanggar kesalahan berkaitan kehormatan diri serta panduan nasihat apabila pelajar menghadapi situasi kes serangan seksual yang semakin membimbangkan dewasa ini.

Turut hadir, ACP Ramli bin Mohamed Yoosuf, Penolong Ketua Urus Setia KPN Komunikasi Koporat, Pegawai Kanan Cawangan Komunikasi Koporat dan anggota Polis Diraja Malaysia.

Selesai sesi taklimat, para pelajar telah dibawa Muzium Polis untuk berkongsi sejarah serta melihat koleksi pameran barang-barang polis.

Gambar Sepanjang Sesi Lawatan...
Lawatan Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam Pahang Ke Bukit Aman

Lawatan Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam Pahang Ke Bukit Aman

Lawatan Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam Pahang Ke Bukit Aman

Lawatan Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam Pahang Ke Bukit Aman

Lawatan Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam Pahang Ke Bukit Aman

Lawatan Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam Pahang Ke Bukit Aman

ArticlePublished 12 Jun 2014 3.52 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM