Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lawatan Rasmi Ydh Ketua Polis Negara Di Kediaman Inspektor Hasnal

Published: 12 Jun 2014 6.30 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sepanjang 21 jam kami bertahan, kami sentiasa di dalam posisi meniarap di atas lantai bagi mengelak pihak musuh mengesan bunyi pergerakan kami.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-rasmi-ydh-ketua-polis-negara-di-kediaman-inspektor-hasnal
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:14 MYT

Oleh : L/Kpl Edwind Indo

Lawatan Rasmi YDH Ketua Polis Negara Di Kediaman Inspektor Hasnal

RAWANG, 16 April – "Tetakan pertama oleh pemberontak menggunakan kapak di bahagian kepala saya tidak terasa sakit sehingga tetakan ketiga sempat ditepis menggunakan tangan menyebabkan tangan saya hampir putus", Inspektor Mohamad Hasnal bin Jamil menceritakan pengalaman semasa berhadapan dengan serangan pengganas di Simunul, Lahad Datu ketika lawatan Tan Sri Dato' Seri Utama Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara di rumah kediaman beliau, pagi tadi.

"Sepanjang 21 jam kami bertahan, kami sentiasa di dalam posisi meniarap di atas lantai bagi mengelak pihak musuh mengesan bunyi pergerakan kami", tambah beliau lagi.

Inspektor Mohamad Hasnal merasa terharu atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan PDRM di atas kesudian meluangkan masa untuk melihat keadaan kesihatan beliau.

Dalam lawatan itu, Ketua Polis Negara turut menyampaikan sumbangan kepada Inspektor Mohamad Hasnal sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan beliau mempertahankan kedaulatan negara.

Lawatan Rasmi Ydh Ketua Polis Negara Di Kediaman Inspektor Hasnal
Inspektor Mohamad Hasnal bin Jamil menunjukkan kesan tetakan pengganas kepada YDH Tan Sri Dato' Seri Utama Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Lawatan Rasmi Ydh Ketua Polis Negara Di Kediaman Inspektor Hasnal
Antara yang hadir

Lawatan Rasmi Ydh Ketua Polis Negara Di Kediaman Inspektor Hasnal
Lawatan Rasmi Ydh Ketua Polis Negara Di Kediaman Inspektor Hasnal
YDH Tan Sri Dato' Seri Utama Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menyampaikan sumbangan kepada Inspektor Mohamad Hasnal bin Jamil

ArticlePublished 12 Jun 2014 6.30 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM