Lawatan Rasmi Pengarah Pengurusan Ke Muzium Pdrm
Rabu,
9 Mei 2012 - PDRM memiliki lipatan sejarahnya yang unik dan tersendiri
telah menarik perhatian YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah
Pengurusan PDRM untuk melakukan lawatan rasmi ke Muzium PDRM pada hari
ini.
YDH CP
Datuk Mortadza bin Nazarene dibawa melawat ke seluruh bahagian ruang
pameran serta diberi penerangan terperinci berkenaan setiap barangan
yang dipamerkan seperti senjata-senjata lama, barangan rampasan daripada
pihak Komunis, kenderaan yang pernah digunakan pasukan polis dan
pelbagai lagi barangan bersejarah.
Ruang
pameran yang lengkap dengan sistem kesan bunyi khas seolah-olah berada
di dalam situasi sebenar memberikan kesan langsung kepada pengunjung
menghayati setiap pameran turut menarik minat YDH CP Datuk Mortadza bin
Nazarene ketika menyelusuri setiap laluan.
Di
dalam lawatan tersebut juga, YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene turut
diberi taklimat berkenaan projek Galeri Darurat Bukit Kepong yang
disampaikan oleh Mr. Gerald Kwok daripada Bangimas Sdn Bhd, dimana
projek berkenaan dilihat sebagai salah satu inisiatif PDRM dalam
memelihara setiap aset PDRM yang memiliki nilai sejarah yang tinggi
selain membawa nama muzium PDRM ke satu tahap yang lebih tinggi.
Turut
hadir dalam lawatan tersebut ialah YDH SAC Dato' Zaleha bt Abdul
Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan(Pentadbiran), YDH SAC Dato' Mohd
Nizar bin Mohd Ali, Ketua Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan), YDH SAC
Wan Mohamad bin Wan Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan
(Pembantu) dan Pegawai-pegawai kanan PDRM.

Ketibaan YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM.














YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan melawat setiap ruang pameran.



Sesi taklimat berkenaan organisasi muzium PDRM dan projek Galeri Darurat Bukit Kepong.

YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM menandatangani buku pelawat.

Sesi penyampaian cenderamata.

Sesi bergambar kenangan.
Wartawan & Jurufoto : Konstabel Muhammad Iqtar bin Azmi.