Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lawatan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Ke Bukit Aman

Diterbitkan: 01 Dec 2015 8.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 1 Dis – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berbesar hati menerima lawatan dan memberikan taklimat kepada 44 orang ahli Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, Cawangan Melaka Tengah di Dewan Theaterette, Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-persatuan-pesara-kerajaan-malaysia-ke-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:09 MYT
LAWATAN PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA KE BUKIT AMAN

Kuala Lumpur, 1 Dis – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berbesar hati menerima lawatan dan memberikan taklimat kepada 44 orang ahli Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, Cawangan Melaka Tengah di Dewan Theaterette, Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman, pagi tadi.

Lawatan yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, Cawangan Melaka Tengah, En. J.Raman telah disambut mesra oleh wakil-wakil daripada Urus Setia KPN, PDRM dan diberikan taklimat berkaitan organisasi PDRM oleh YDH Superintendan Seksyen Perlaksanaan dan Pemantauan, Urus Setia KPN (Penyelidikan Dan Pembangunan), Superintendan Zulkhairi bin Haji Mahamud.

Dengan adanya taklimat ini, para pelawat berpeluang untuk saling bertukar pendapat serta mendapatkan pencerahan berkenaan isu-isu berkaitan jenayah dan masyarakat secara langsung selain memahami fungsi masyarakat dalam menangani jenayah bersama PDRM.

Hadir sama dalam majlis ini ialah YDH Superintendan Komunikasi Korporat, Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), PDRM, Superintendan Venugopal Navaretnam, DSP Sumber Informasi dan Analisis, Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat),PDRM, DSP Rizal bin Abd Rahman Sidek, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta ahli-ahli persatuan.

Lawatan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Ke Bukit Aman
Sesi bergambar kenangan..

Lawatan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Ke Bukit Aman
Sesi penyampaian cenderamata.
ArtikelDiterbitkan 01 Dec 2015 8.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM