Artikel
Lawatan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Ke Bukit Aman
Kuala Lumpur, 1 Dis – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berbesar hati menerima lawatan dan memberikan taklimat kepada 44 orang ahli Persatuan Pesara Keraja...
LAWATAN PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA KE BUKIT AMAN
Kuala Lumpur, 1 Dis – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berbesar hati menerima lawatan dan memberikan taklimat kepada 44 orang ahli Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, Cawangan Melaka Tengah di Dewan Theaterette, Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman, pagi tadi.
Lawatan yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, Cawangan Melaka Tengah, En. J.Raman telah disambut mesra oleh wakil-wakil daripada Urus Setia KPN, PDRM dan diberikan taklimat berkaitan organisasi PDRM oleh YDH Superintendan Seksyen Perlaksanaan dan Pemantauan, Urus Setia KPN (Penyelidikan Dan Pembangunan), Superintendan Zulkhairi bin Haji Mahamud.
Dengan adanya taklimat ini, para pelawat berpeluang untuk saling bertukar pendapat serta mendapatkan pencerahan berkenaan isu-isu berkaitan jenayah dan masyarakat secara langsung selain memahami fungsi masyarakat dalam menangani jenayah bersama PDRM.
Hadir sama dalam majlis ini ialah YDH Superintendan Komunikasi Korporat, Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), PDRM, Superintendan Venugopal Navaretnam, DSP Sumber Informasi dan Analisis, Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat),PDRM, DSP Rizal bin Abd Rahman Sidek, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta ahli-ahli persatuan.

Sesi bergambar kenangan..

Sesi penyampaian cenderamata.