Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lawatan Pengerusi Perkep Malaysia Ke Perkep Ipd Petaling Jaya

Published: 09 Jun 2014 8.01 AM Updated: 15 Aug 2026 7.47 PM
Lawatan Y.Bhg. Puan Sri Datin Seri Juriah binti Dato' Haji Ahmad, Pengerusi PERKEP Malaysia telah dapat menyemarakkan semangat dikalangan warga PERKEP Petaling Jaya..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-pengerusi-perkep-malaysia-ke-perkep-ipd-petaling-jaya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 02:06 MYT

Petaling Jaya - 26 Jun 2008. Y.Bhg. Puan Sri Datin Seri Juriah binti Dato' Haji Ahmad, Pengerusi PERKEP Malaysia telah mengadakan lawatan ke rumah PERKEP Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Selangor. Ketibaan Y.Bhg.  Puan Sri Datin Seri Juriah binti Dato' Haji Ahmad telah disambut oleh Y.Bhg. Datin Imran Binti Ibrahim, Pengerusi PERKEP Selangor, Y.Bhg. Puan Baidzura binti Busu, Pengerusi PERKEP IPD Petaling Jaya serta ahli-ahli PERKEP.

Turut hadir di Majlis Lawatan tersebut ialah Y.Bhg. Puan Sri Suriati binti Md Sobri, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Y.Bhg. Datin A'ain Zubaidah binti Hj. Bahari, Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan serta ahli-ahli PERKEP dari Bukit Aman.

Lawatan Y.Bhg. Puan Sri Datin Seri Juriah binti Dato' Haji Ahmad, Pengerusi PERKEP Malaysia telah dapat menyemarakkan semangat dikalangan warga PERKEP Petaling Jaya untuk terus bersatu pada dalam suasana kekeluargaan dan muhibbah serta bergerak dengan semangat dan azam untuk menuju ke arah kemajuan demi kepentingan  dan faedah ahli-ahli serta keluarga. Ianya sejajar dengan tujuan penubuhan PERKEP untuk menggalakkan perasaan berbaik-baik dan semangat persaudaraan dikalangan ahli-ahlinya, menambahkan pengetahuan  dan menyediakan satu saluran  penyelesaian masalah rumahtangga ahli-ahli PERKEP.

Di Majlis Lawatan ke rumah PERKEP Petaling Jaya, telah di adakan demontrasi gubahan bunga, kristal mutiara, gubahan buah-buahan dan juga kraftangan. tetamu juga dihiburkan dengan nyanyian nasyid dan persembahan tarian.

Lawatan Pengerusi Perkep Malaysia Ke Perkep Ipd Petaling Jaya
dari kanan...Y.Bhg. Puan Baidzura binti Busu, Pengerusi PERKEP IPD Petaling Jaya, , Y.Bhg. Datin A'ain Zubaidah binti Hj. Bahari, Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan,Y.Bhg. Puan Sri Datin Seri Juriah binti Dato' Haji Ahmad, Pengerusi PERKEP Malaysia , Y.Bhg. Puan Sri Suriati binti Md Sobri, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia dan Y.Bhg. Datin Imran Binti Ibrahim, Pengerusi PERKEP Selangor.

Lawatan Pengerusi Perkep Malaysia Ke Perkep Ipd Petaling Jaya
Ucapan Alu-aluan oleh Y.Bhg. Puan Sri Datin Seri Juriah binti Dato' Haji Ahmad, Pengerusi PERKEP Malaysia

Lawatan Pengerusi Perkep Malaysia Ke Perkep Ipd Petaling Jaya
Bergambar kenangan bersama Ahli-ahli jawatankuasa

Lawatan Pengerusi Perkep Malaysia Ke Perkep Ipd Petaling Jaya
Melihat gubahan gubahan di Rumah PERKEP Petaling Jaya

Lawatan Pengerusi Perkep Malaysia Ke Perkep Ipd Petaling Jaya
Memotong Pulut Kuning....

ArticlePublished 09 Jun 2014 8.01 AMUpdated 15 Aug 2026 7.47 PM