Lawatan Pembelajaran Oleh Institut Integriti Malaysia
Bukit
Aman - 16 Januari 2008. Seramai 32 orang peserta kursus dari Institut
Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan lawatan ke Bukit Aman. Lawatan
pembelajaran bagi Kursus Pembangunan Individu dan Organisasi
Berintegriti untuk kumpulan sokongan ini adalah dari Jabatan Penjara
Malaysia.
Lawatan
ini diketuai oleh Y.Bhg. Encik Mohd Yusof bin Mohd, Urusetia Kursus
Institut Integriti Malaysia dan Puan Roziah Harun, Penolong Pegawai
Sektor Awam IIM. Rombongan telah disambut oleh Supt. Rasdi bin Ramli,
Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman.
Sesi
pembelajaran berkaitan Pengurusan Tatatertib Polis Diraja Malaysia
telah di adakan di Auditorium PDRM, Tingkat 16 dan disampaikan oleh ASP
Hj. Nor Adnan Nordin, ASP Perundangan Urusetia KPN (TT)

Pegawai-pegawai
dari Cawangan Perhubungan Awam yang turut hadir bersama peserta-peserta
kursus di sesi pembelajaran oleh Urusetia KPN Tatatertib

dari
kiri...ASP Haji Nor Adnan bin Nordin, ASP Perundangan Urusetia KPN
(TT), Y.Bhg. Encik Mohd Yusof bin Mohd, Urusetia Kursus IIM dan Ketua
Kumpulan peserta kursus.

Supt.
Rasdi Ramli, Penguasa Perhubungan Awam bergambar kenangan bersama
peserta-peserta kursus dari Institut Integriti Malaysia (IIM)