Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lawatan Pelajar Smk Dusaj Ke Ipd Jelebu Beri Kesedaran Hindari Jenayah

Diterbitkan: 17 Mar 2016 12.55 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.30 PM
Kuala Klawang - Pengalaman menyaksikan tahanan berada di dalam lokap menyuntik iktibar tersendiri kepada serombongan 43 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Syed Ali Al-Jufri (SMK DUSAJ) yang mengunjungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu di sini, baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-pelajar-smk-dusaj-ke-ipd-jelebu-beri-kesedaran-hindari-jenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:24 MYT


Kuala Klawang - Pengalaman menyaksikan tahanan berada di dalam lokap menyuntik iktibar tersendiri kepada serombongan 43 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Syed Ali Al-Jufri (SMK DUSAJ) yang mengunjungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu di sini, baru-baru ini.

Seorang pelajar terbabit, Khairul Rafizan Mohd Remzam, 15, mengaku pendedahan itu amat menyentuh hatinya dan berazam untuk tidak terjebak dengan sebarang jenayah mahupun aktiviti menyalahi undang-undang.

"Inilah kali pertama saya melihat tahanan di dalam lokap. Rasanya tidak berbaloi seseorang terbabit dengan jenayah dan hukuman yang menanti pula adalah berbeza mengikut jenis kesalahan, termasuk gantung sampai mati.

"Penerangan oleh pihak polis mengenai kesalahan trafik juga menjadi panduan berguna, terutama kepada pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah agar sentiasa mematuhi undang-undang seperti memiliki lesen memandu dan memakai topi keledar," katanya kepada BH.

Sumber: Berita Harian

Lawatan Pelajar Smk Dusaj Ke Ipd Jelebu Beri Kesedaran Hindari Jenayah

ArtikelDiterbitkan 17 Mar 2016 12.55 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.30 PM