Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lawatan Menteri Kesihatan Malaysia Ke Pulapol Kuala Lumpur

Published: 11 Jun 2014 1.22 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Berikutan insiden ini sebuah pasukan penyelidik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjalankan satu kajian ke atas persekitaran pusat latihan ini. Dalam penyelidikan ini, jadual aktiviti ha..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-menteri-kesihatan-malaysia-ke-pulapol-kuala-lumpur
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:32 MYT
Kuala Lumpur - 19 Mac 2011

Jangkitan 'Adenovirus' atau virus kencing tikus yang mula dikesan di PULAPOL Kuala Lumpur pada 4 Mac 2011 setakat ini telah mengakibatkan kematian dua orang pelatih, manakala 25 orang pelatih lagi telah dimasukkan ke wad di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh.

YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur berkata, seramai 336 orang pula menjalani pengasingan, iaitu 117 pelatih Inspektor Wanita, 180 pelatih Inspektor Lelaki, 33 Konstabel dan 6 kakitangan PULAPOL Kuala Lumpur.

Berikutan jangkitan virus ini, sebuah pasukan penyelidik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjalankan satu kajian ke atas persekitaran pusat latihan ini. Pembentangan kajian pada pagi ini, yang turut dihadiri oleh YB Menteri Kesihatan dan juga YDH Ketua Polis Negara, bertempat di PULAPOL Kuala Lumpur telah dibentangkan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur Dan Putrajaya, Y.Bhg Dr Ismail bin Abu Taat.

Laporan keseluruhan pembentangan pagi ini merangkumi perkembangan hari pertama wabak 'Adenovirus' dikesan hingga ke hari ini. Sumber kajian merangkumi keputusan perkembangan siasatan kes di dalam wad serta dari Unit Rawatan Rapi (ICU). Dalam laporan penyelidikan ini juga, jadual aktiviti harian para pelatih di PULAPOL Kuala Lumpur turut menjadi fokus utama dan juga persekitaran PULAPOL Kuala Lumpur. Pembentangan diakhiri dengan cadangan serta langkah-langkah pencegahan wabak yang berbahaya ini dari terus merebak.

Setelah mendengar laporan keseluruhan pembentangan, YDH Ketua Polis Negara amat berpuas hati dan berjanji tindakan penyelesaian seperti langkah-langkah pembersihan akan dilaksanakan secepat yang mungkin.

"Kita telah mendengar hasil kajian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan PDRM akan memberi perhatian yang serius terhadap jangkitan virus ini dari terus menular. Pihak PULAPOL Kuala Lumpur akan sentiasa bekerjasama serta mematuhi segala arahan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Marilah bersama kita berdoa agar tiada lagi kejadian yang tidak diingini berlaku sehingga boleh mendatangkan kematian kepada pelatih-pelatih dan kakitangan di sini," ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, setelah selesai sesi pembentangan pada pagi ini.

Hadir dalam sesi pembentangan hasil kajian pada pagi ini adalah YB Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia. Turut hadir Y.Bhg Dato' Dr.Nor Hisyam bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Y.Bhg Dr Lokman Hakim bin Sulaiman, Pengarah Kawalan Penyakit Kuala Lumpur dan YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur serta Pegawai-pegawai Kanan PULAPOL Kuala Lumpur.

Lawatan Menteri Kesihatan Malaysia Ke Pulapol Kuala Lumpur
YDH Ketua Polis Negara bersama YDH Komandan PULAPOL Kuala Lumpur menunggu ketibaan YB Menteri Kesihatan Malaysia

Lawatan Menteri Kesihatan Malaysia Ke Pulapol Kuala Lumpur
Ketibaan YB Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia disambut oleh YDH Ketua Polis Negara

Lawatan Menteri Kesihatan Malaysia Ke Pulapol Kuala Lumpur
Dari kiri...Y.Bhg Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), YDH Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, YB Menteri Kesihatan Malaysia, YDH Ketua Polis Negara dan Y.Bhg Pengarah Kawalan Penyakit Kuala Lumpur

Lawatan Menteri Kesihatan Malaysia Ke Pulapol Kuala Lumpur
Antara yang hadir di sesi pembentangan hasil kajian virus 'Adenovirus'

Lawatan Menteri Kesihatan Malaysia Ke Pulapol Kuala Lumpur
YB Menteri Kesihatan Malaysia meninjau kedudukan struktur PULAPOL Kuala Lumpur

Lawatan Menteri Kesihatan Malaysia Ke Pulapol Kuala Lumpur
Bergambar kenangan bersama YB Menteri Kesihatan Malaysia


Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo
Penyunting            : Sjn Zaiddin Dahalan
ArticlePublished 11 Jun 2014 1.22 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM