Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lawatan Kerja Yb Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ke Kawasan Krt Taman Gasing Indah

Published: 10 Jun 2014 3.18 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 berikutan dengan berkuatkuasanya Peraturan-peraturan Perlu (RT) 1975. Jawatankusasa Rukun tetangga yang diwartakan di bawah skim..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-kerja-yb-menteri-di-jabatan-perdana-menteri-ke-kawasan-krt-taman-gasing-indah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:34 MYT

Petaling Jaya - 9 Ogos 2010. YB Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Lawatan Kerja Ke Kawasan Rukun Tetangga Taman Gasing Indah, Petaling Jaya  di Dewan Serbaguna MBPJ, Taman Gasing Indah. Program ini adalah anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dengan kerjasama IPD Petaling Jaya dan juga Majlis Bandaran Petaling Jaya.

Hadir sama semasa lawatan tersebut ialah YDH ACP Arjunaidi bin Mohamad, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, YDH Supt. Abd Razak bin Elias, Ketua Polis Daerah Serdang, Y.Bhg Encik Ho Kek Hwa, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JPNIN, Y.Bhg Tuan Haji Abdul Ghani bin Salleh, Pegawai Kemajuan Negeri Selangor, Y.Bhg Dato' Dr. Lim Thuan Seng, mantan ADUN Bukit Gasing, Y.Bhg Encik Lfred Chuah Teong Eng, Pengerusi KRT Taman Gasing Indah, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan juga anggota-anggota Rukun Tetangga.

Rukun Tetangga adalah satu Jawatankuasa Sukarela di bawah pengawasan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Penubuhannya diutamakan di kawasan-kawasan kediaman di bandar, pinggir bandar dan kawasan yang berisiko tinggi. Pemastautin yang mengganggotai  Jawatankuasa Rukun Tetangga merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunan komuniti ke arah mengeratkan lagi perhubungan di antara rakyat dan kerajaan. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan bertujuan untuk melahirkan sebuah masyarakat yang berdikari, berdaya maju serta mewujudkan suasana harmoni dan perpaduan di kalangan penduduk sejiran.

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 berikutan dengan berkuatkuasanya  Peraturan-peraturan Perlu (RT) 1975. Jawatankusasa Rukun tetangga yang diwartakan di bawah skim ini mengawal keselamatan melalui rondaan wajib pemastautin, merupakan satu-satunya kegiatan Rukun tetangga pada ketika itu.

Apabila keadaan keselamatan negara pulih, skim Rukun Tetangga dikaji semula dan pindaan telah dibuat pada Peraturan-Peraturan (RT) 1975. Tumpuan dialihkan daripada konsep keselamatan kepada konsep kejiranan mulai tahun 1983.

Mulai tahun 2001, Rukun Tetangga berfokaskan kepada aspek pembangunan komuniti selaras dengan usaha kerajaan mengatasi masalah-masalah sosial di kalangan masyarakat tempatan. Aktiviti-aktivitinya terdiri daripada pelbagai bidang berkonsepkan 'pendidikan sepanjang hayat' dan memperkasakan komuniti, ke arah meningkatkan keupayaan masyarakat terhadap perubahan sosial dan gaya hidup.

Sempena Lawatan Kerja YB Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, diadakan juga serentak Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Kemerdekaan Ke-53

Lawatan Kerja Yb Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ke Kawasan Krt Taman Gasing Indah
Pendaftaran ahli-ahli Rukun Tetangga

Lawatan Kerja Yb Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ke Kawasan Krt Taman Gasing Indah
Ketibaan YB Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Lawatan Kerja Yb Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ke Kawasan Krt Taman Gasing Indah
Tetamu jemputan serta hadirin yang hadir ...

Lawatan Kerja Yb Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ke Kawasan Krt Taman Gasing Indah
Ucapan Aluan oleh Y.Bhg Encik Lfred Chuah Teong Eng, Pengerusi KRT Taman Gasing Indah

Lawatan Kerja Yb Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ke Kawasan Krt Taman Gasing Indah
Ucapan oleh YB Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Lawatan Kerja Yb Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ke Kawasan Krt Taman Gasing Indah
 Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Kemerdekaan Ke-53

Lawatan Kerja Yb Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ke Kawasan Krt Taman Gasing Indah
YB Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menyampailan Surat Penghargaan kepada YDH ACP Arjunaidi bin Mohamad, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya

Lawatan Kerja Yb Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ke Kawasan Krt Taman Gasing Indah
Surat Penghargaan kepada YDH Superintenden  Abd Razak bin Elias, Ketua Polis Daerah Serdang

Lawatan Kerja Yb Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ke Kawasan Krt Taman Gasing Indah
Surat Penghargaan kepada DSP Nor Fauzi bin Ismawi, Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM

Lawatan Kerja Yb Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ke Kawasan Krt Taman Gasing Indah
Surat Penghargaan kepada C/Insp Ahmad bin Awang Ishak, Ketua Polis Balai Petaling Jaya

Lawatan Kerja Yb Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ke Kawasan Krt Taman Gasing Indah
Surat Penghargaan kepada Encik Eric Chew Sang Hin, Pengerusi SRS Taman Gasing Indah.

Lawatan Kerja Yb Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ke Kawasan Krt Taman Gasing Indah
Penyerahan peralatan Skim Rondaan Sukarela (SKS)

Lawatan Kerja Yb Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ke Kawasan Krt Taman Gasing Indah
Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Kemerdekaan Ke-53

Lawatan Kerja Yb Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ke Kawasan Krt Taman Gasing Indah
YB Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut sama melakukan rondaan jenayah bersama Unit Berkuda PDRM dan juga Rukun Tetangga Taman Gasing Indah

ArticlePublished 10 Jun 2014 3.18 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM