Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lawatan Kerja Ulung Pjsjn Ke Cenop Colombia

Published: 21 Oct 2019 4.42 AM Updated: 15 Aug 2026 7.15 PM
Di dalam rangka lawatannya, Datuk Khalil turut dibawa melawat ke Pusat Latihan Khusus Jenayah Narkotik bagi melihat sendiri simulasi pemprosesan dadah jenis Kokain dan demonstrasi khas pasukan 'Comando Operations Rural' (COR) untuk membanteras najis dadah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-kerja-ulung-pjsjn-ke-cenop-colombia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:54 MYT

Bogota, Columbia, 21 Oktober 2019 - Buat julung kalinya, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd telah membuat lawatan kerja sehari ke 'International School For The Use Of Police Force For Peace' (CENOP) di sini, semalam.

Ketibaan beliau bersama timbalannya, DCP Tuan Zulkifli Ali pada jam 9.00 pagi waktu tempatan, telah disambut oleh pegawai bertugas Pusat Latihan Polis Colombia sebelum diberikan taklimat berkenaan jenis-jenis latihan dan kursus yang ditawarkan di dalam serta luar pusat tersebut.

Di dalam rangka lawatannya, Datuk Khalil turut dibawa melawat ke Pusat Latihan Khusus Jenayah Narkotik bagi melihat sendiri simulasi pemprosesan dadah jenis Kokain dan demonstrasi khas pasukan 'Comando Operations Rural' (COR) untuk membanteras najis dadah.

Sejurus selesai, beliau dan delegasi turut berpeluang mengadakan perbincangan dan bertukar-tukar pendapat dengan para pegawai Polis Colombia berkaitan ancaman dadah khasnya di Malaysia.

Negara Colombia terkenal sebagai pengeluar terbesar dadah jenis Kokain di Amerika Tengah dan Amerika Syarikat selepas Bolivia, Mexico dan Peru.

3

5

4

6

8

9

1

10

11

12

13

1417

18

19

20

21

2

ArticlePublished 21 Oct 2019 4.42 AMUpdated 15 Aug 2026 7.15 PM