Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Dalam Negeri Ke Balai Polis Sea Park Petaling Jaya

Diterbitkan: 10 Jun 2014 1.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
urut mengiringi YB Dato' Wira Abu Seman bin Yusop ialahYDH SAC I Dato' Thiveegan a/l Arumugam, Timbalan Ketua Polis Selangor, ACP Arjunaidi bin Mohamad, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Muhammad.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-kerja-timbalan-menteri-dalam-negeri-ke-balai-polis-sea-park-petaling-jaya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:34 MYT

Petaling Jaya - 20 Ogos 2009. YB Dato' Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah mengadakan lawatan kerja di Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya pada pagi ini.

Turut mengiringi YB Dato' Wira Abu Seman bin Yusop ialah YDH SAC I Dato' Thiveegan a/l Arumugam, Timbalan Ketua Polis Selangor, ACP Arjunaidi bin Mohamad, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Muhammad bin Abd Aziz, Makmal Forensik  yang juga mengetuai Pasukan Urusetia NKRA/KDN Bukit Aman.

Taklimat telah disampaikan oleh C/Insp Mohd Sahar bin Yunus, Ketua Polis Balai Sea Park di Bilik Gerakan Balai Polis Sea Park. Hadir sama di sesi taklimat itu ialah Y.Bhg Dato' Micheal Chong, Ketua Biro Aduan MCA dan Tuan Haji  Muhammad, wakil Persatuan Penduduk.

Kawasan pentadbiran Balai Polis SEA Park terbahagi kepada 11 kawasan iaitu meliputi kawasan SS 2, Seksyen 11, 12, 13, 14, 19, 20, 21, 22, 51A dan 52U.  Sempadan bagi kawasan Sea Park, Petaling Jaya iaitu di sebelah utara ialah Jalan Universiti, bahagian selatan adalah Jalan SS 2/3, sebelah timur pula ialah Lebuh Raya Persekutuan dan sebelah barat adalah Lebuh Raya LDP. Kekuatan anggota Balai Polis Sea Park ialah 48 orang dengan kepadatan penduduk ialah seramai lebih kurang 200 ribu orang.

Kekuatan Operasi Bersepadu di Balai Sea Park ialah dengan sokongan bantuan dari semua cawangan IPD Petaling Jaya, Balai-balai IPD Petaling Jaya, Pasukan Gerakan Am, Unit Berkuda, Unit Anjing Pengesan (K9), Sukarelawan Polis dan juga dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Bantuan juga telah dipohon dengan RELA dan juga JPAM bagi membantu dalam projek 'Ops Utama Perdana' , selaras  dengan arahan YAB Perdana Menteri Malaysia.

Di akhir Lawatan Kerja, YB Dato' Wira Abu Seman bin Yusop telah membuat tinjauan penugasan anggota polis yang ditempatkan di Pondok Polis dan Sekatan Jalan Raya dikawasan  SS 2/4 dan SS 2/10. Balai Polis Sea Park adalah kawasan yang dikenal pasti termasuk dalam 10 kawasan 'Hot Spot' bagi Kontinjen Selangor, ke arah penurunan kadar jenayah sebanyak 20 peratus sehingga tahun 2010.

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Dalam Negeri Ke Balai Polis Sea Park Petaling Jaya
Taklimat di sampaikan oleh C/Insp Mohd Sahar bin Yunus, Ketua Polis Balai Sea Park (dua dari kanan)

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Dalam Negeri Ke Balai Polis Sea Park Petaling Jaya
Pandangan yang diberikan oleh YB Dato' Wira Abu Seman bin Yusop semasa sesi perbincangan. Hadir sama ialah ACP Muhammad Abd Aziz dan ACP Arjunaidi Mohamad (kiri)

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Dalam Negeri Ke Balai Polis Sea Park Petaling Jaya
YDH SAC I Dato' Thiveegan a/l Arumugam, Timbalan Ketua Polis Selangor menandatangani Buku Pelawat.

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Dalam Negeri Ke Balai Polis Sea Park Petaling Jaya
YB Dato' Wira Abu Seman mengadakan Sidang Akhbar dan meninjau penugasan anggota di Pondok Polis SS 2/4

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Dalam Negeri Ke Balai Polis Sea Park Petaling Jaya
Lawatan ke Sekatan Jalan Raya, bantuan penugasan dari Batalion 3 PGA

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Dalam Negeri Ke Balai Polis Sea Park Petaling Jaya
Lawatan ke Pondok Polis SS 2/10

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 1.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM