Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Buli Pelajar Mrsm Polis Lengkapkan Kertas Siasatan Secepat Mungkin Timbalan Kpn

Diterbitkan: 14 Dec 2021 11.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.23 AM
Shah Alam, 14 Disember 2021 - Polis akan melengkapkan siasatan secepat mungkin bagi kes buli membabitkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak yang tular dalam media sosial baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-buli-pelajar-mrsm-polis-lengkapkan-kertas-siasatan-secepat-mungkin-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:25 MYT
Shah Alam, 14 Disember 2021 - Polis akan melengkapkan siasatan secepat mungkin bagi kes buli membabitkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim berkata hasil siasatan kes tersebut akan diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan selanjutnya.

Beliau berkata seramai 10 pelajar berumur 13 ke 15 tahun ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes tersebut dan kesemua suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Datuk Seri Hj. Mazlan berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kita memandang serius perkara ini dan tidak mahu ia berulang lagi kerana akan menjadi masalah kepada pihak sekolah yang berkenaan, itu sebabnya tindakan tegas diambil di bawah tindakan jenayah,” katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut:

Sumber: BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 14 Dec 2021 11.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 2.23 AM