Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lawatan Kerja Perdana Menteri Malaysia Ke Bukit Aman

Diterbitkan: 09 Jun 2014 3.36 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.46 PM
Sebuah jawatankuasa yang dianggotai lima pegawai tertinggi kerajaan ditubuhkan untuk mempercepatkan pelaksanaan enam pendekatan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-kerja-perdana-menteri-malaysia-ke-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 14:25 MYT
Bukit Aman - Y.A.B Dato' Seri Abdullah bin Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia  telah mengadakan Lawatan Kerja ke Bukit Aman pada 8 Januari 2008.

YDH IG Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara telah menyambut kedatangan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia. Hadir sama sempena Lawatan Kerja Y.A.B Perdana Menteri Malaysia ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan, Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Johari Baharom serta Ketua-ketua Pengarang Media.

Taklimat PDRM telah disampaikan oleh YDH CP Dato' Abdul Razak bin Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM dan Pemangku Pengarah JSJ, YDH P/DCP Dato' Acryl Sani bin Abdullah Sani.

Dalam Sidang Akhbar oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, beliau memaklumkan sebuah jawatankuasa yang dianggotai lima pegawai tertinggi kerajaan ditubuhkan untuk mempercepatkan pelaksanaan enam pendekatan bagi membanteras jenayah. Mereka ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Dato' Seri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan.

Enam pendekatan banteras jenayah yang diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia ialah :
1.  Mewajibkan pemilik atau penyewa bangunan memasang CCTV
2.  Menawarkan pekerjaan secara kontrak kepada pegawai dan anggota polis yang mempunyai rekod perkhidmatan baik, yang akan bersara dengan tangga gaji yang dinikmati ketika dalam pekerjaan.
3.  Menawarkan pekerjaan secara kontrak kepada pegawai dan anggota yang sudah bersara dengan jawatan terakhir dipegang.
4.  Mengambil lebih ramai orang awam untuk memenuhi jawatan seperti perkeranian, perhubungan awam dan sumber manusia supaya anggota polis dapat menumpukan tugas kepolisan.
5.  Menambah pusat latihan polis.
6.  Meminta kerjasama pemaju perumahan menyediakan beberapa pintu daripada rumah kedai berderet untuk dijadikan Balai Polis.

Lawatan Kerja Perdana Menteri Malaysia Ke Bukit Aman
Periksa Baris..Y.A.B. memeriksa Kawalan Kehormatan sambil diiringi oleh YDH Ketua Polis Negara di Bukit Aman

Lawatan Kerja Perdana Menteri Malaysia Ke Bukit Aman
Lawatan Kerja...Y.A.B Perdana Menteri Malaysia mendengat taklimat PDRM di Auditorium PDRM, Tingkat 16, Bukit Aman.
ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 3.36 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.46 PM