LAWATAN KERJA KETUA POLIS SRI LANKA
oleh : Sjn Zaiddin Dahalan, Kpl Mohd Shareel Shahriman dan Konst Mohamad Shahzril Abd Rashid
Bukit Aman, 13 Dis - Telah berlangsung satu lawatan kerja oleh Mr. Nugahaga Kapalle Illangakoon, Ketua Polis Sri Lanka bersama rombongan pegawai kanan polis negara tersebut ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sejak 11 Disember lalu.
Ketibaan beliau telah disambut dengan istiadat perbarisan kawalan kehormatan oleh pegawai serta anggota Pasukan Simpanan Persekutuan dan diteruskan dengan majlis kunjungan hormat kepada YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara.
Sebelum itu, beliau bersama rombongan telah membuat lawatan ke Muzium Polis Diraja Malaysia, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur dan Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur.
Delegasi Ketua Polis Sri Lanka turut disertai oleh Deputy Inspector of Police, M.R Latif, Senior Superintendant of Police, S.C Medawatte, Senior Superintendant of Police, Sanjeewa Dharmaratna dan Program Manager of Asia Foundation, K.G.S Deepalal.
Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara menyambut ketibaan Mr. Nugahaga Kapalle Illangakoon, Ketua Polis Sri Lanka
Ketika lawatan.
Memeriksa barisan Kawalan Kehormatan.
YDH Ketua Polis Negara ketika memperkenalkan berisan Pucuk Pimpinan PDRM.
Sekitar lawatan.
YDH Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada Mr. N.K Illangakoon.
Ketika lawatan di Muzium PDRM.
Ketika lawatan di Muzium PDRM.
Ketika lawatan di PULAPOL Kuala Lumpur.
Ketika lawatan PULAPOL Kuala Lumpur.
Ketika lawatan PULAPOL Kuala Lumpur.
Mr. N.K Illangakoon bersama YDH SAC Dr. Yew Chong Hooi, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur ketika lawatan di Maktab PDRM Kuala Lumpur.
Ketika lawatan di Maktab PDRM Kuala Lumpur.
YDH Dato Shahbudin Bin Abd. Wahab, Timb. Pengarah Pengurusan (Latihan) menyerahkan cenderahati kepada Mr. N.K. Illangakoon.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Lawatan Kerja Ketua Polis Sri Lanka
Bukit Aman, 13 Dis - Telah berlangsung satu lawatan kerja oleh Mr. Nugahaga Kapalle Illangakoon, Ketua Polis Sri Lanka bersama rombongan pegawai kanan polis negara tersebut ke Ibu Pejabat Polis Bukit ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-kerja-ketua-polis-sri-lanka
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.