Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lawatan Kerja Ketua Polis Negara Ke Gua Musang

Diterbitkan: 10 Jun 2014 6.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Lawatan ini menunjukkan keprihatinan beliau terhadap kebajikan pegawai dan anggota polis yang telah bersusah payah memegang serta melaksanakan tanggungjawab menjaga keamanan dan ketenteraman awam..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-kerja-ketua-polis-negara-ke-gua-musang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:55 MYT

Gua Musang - 31 Oktober 2010. YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke MARTEK Polis DiRaja Malaysia, Taman Botani PLKN, sempena perlaksanaan pilihanraya kecil N45 DUN Galas, selama dua hari bermula dari 30 Oktober hingga ke 31 Oktober 2010. Ketibaan Yang Dihormati Tan Sri ditemani oleh Yang Berbahagia Puan Sri Hajjah Suriati Bt Mohd Sobri.

Ketibaan beliau disambut oleh YDH SAC Dato' Abdul Rahim bin Haji Hanafi , Ketua Polis Kelantan.

Turut hadir adalah YDH DCP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan Keselamatan LTAB), YDH SAC Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, YDH SAC Dato' Ahmad Sofian bin Mat Yassin, Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota Polis.

YDH Ketua Polis Negara dan isteri telah menaiki helikopter PDRM dari Pengkalan Unit Udara Sungai Besi dan selamat mendarat di IPD Gua Musang pada jam 5.25 petang, 30 Oktober 2010. Lawatan beliau ke MARTEK Polis DiRaja Malaysia, Taman Botani PLKN, Gua Musang bermula pada jam 11.30 malam. Antara tempat yang dilawati beliau adalah bilik persenjataan, bilik gerakan, bilik komunikasi, bilik urusetia, bilik trafik, dewan makan, bilik media dan kediaman pegawai/anggota.

Lawatan Kerja ini menunjukkan keprihatinan beliau terhadap kebajikan pegawai dan anggota polis yang telah bersusah payah memegang serta melaksanakan tanggungjawab menjaga keamanan dan ketenteraman awam dan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Pada pagi 31 Oktober 2010, YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama isteri telah mengadakan perjumpaan bersama dengan pegawai kanan polis dan anggota polis di Dewan Besar Taman Botani PLKN, Gua Musang. 

Perjumpaan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti dengan bacaan doa. Majlis diteruskan dengan ucapan YDH SAC Dato' Abdul Rahim bin Haji Hanafi , Ketua Polis Kelantan. Kesempatan ini beliau mengucapkan selamat datang dan ribuan terima kasih kepada YDH Ketua Polis Negara. " Saya berjanji akan menjalankan tugas dengan amanah dan cekap berlandaskan "rule of law" agar perjalanan pilihanraya di DUN N45 ini berjalan dengan lancar. Marilah kita memberikan sokongan padu kepada PDRM dan bersemangat demi menaikkan nama PDRM", antara ucapan YDH Ketua Polis Kelantan diikuti laungan "BOLEH" oleh semua pegawai dan anggota.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada YDH Ketua Polis Negara. Beliau menyampaikan pesanan kepada setiap pegawai dan anggota polis bahawa sikap, keperibadian, ilmu, kemahiran dan strategi merupakan elemen yang penting untuk pasukan PDRM mencapai kejayaan. Beliau menyeru kepada setiap anggota polis agar melengkapkan diri dengan elemen-elemen ini sebagai pemegang amanah dan tanggungjawab menjaga keamanan dan ketenteraman awam menepati peruntukan undang-undang.

Beliau turut memuji di atas sikap semangat komuniti yang ditunjukkan oleh pegawai dan anggota sempena lawatan beliau ke kediaman pegawai/anggota sempena lawatan beliau pada malam sebelumnya. Beliau turut merangkapkan syabas dan tahniah kepada Ketua Polis Kelantan, pegawai dan anggota kerana berjaya memastikan keadaan kawasan mengundi berada di tahap yang terkawal.

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Polis Sedia Berkhidmat dan Sang saka Biru.

Lawatan Kerja Ketua Polis Negara Ke Gua Musang
Ketibaan YDH Ketua Polis Negara ke Ibu Pejabat Polis Gua Musang.

Lawatan Kerja Ketua Polis Negara Ke Gua Musang
Taklimat di MARTEK PDRM oleh YDH SAC Dato’ Abdul Rahim bin Haji Hanafi , Ketua Polis Kelantan.

Lawatan Kerja Ketua Polis Negara Ke Gua Musang
Bersama anggota trafik yang bertugas di MARTEK PDRM...

Lawatan Kerja Ketua Polis Negara Ke Gua Musang
YDH Ketua Polis Negara melawat penginapan anggota di MARTEK PDRM

Lawatan Kerja Ketua Polis Negara Ke Gua Musang
YDH SAC Dato’ Ahmad Sofian bin Mat Yassin, Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak bersama anggota di MARTEK PDRM

Lawatan Kerja Ketua Polis Negara Ke Gua Musang
Menandatangani Buku Pelawat

Lawatan Kerja Ketua Polis Negara Ke Gua Musang
Ketibaan YDH Ketua Polis Negara pada 31 Oktober 2010, berjumpa dengan pegawai dan anggota yang bertugas untuk pilihanraya kecil N45 DUN Galas

Lawatan Kerja Ketua Polis Negara Ke Gua Musang
YDH Ketua Polis Negara memberikan kata-kata perangsang untuk petugas pilihanraya kecil N45 DUN Galas

Lawatan Kerja Ketua Polis Negara Ke Gua Musang
Antara pegawai dan anggota PDRM yang bertugas untuk pilihanraya kecil N45 DUN Galas

Lawatan Kerja Ketua Polis Negara Ke Gua Musang
Sempat beramah mesra sebelum meninggalkan majlis perjumpaan.

Lawatan Kerja Ketua Polis Negara Ke Gua Musang
Yang Berbahagia Puan Sri Hajjah Suriati Bt Mohd Sobri. Pengerusi PERKEP Malaysia juga membuat lawatan ke MARTEK PDRM

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 6.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM