Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lawatan Kebajikan Kpn Beri Erti Besar Kepada Pesara Polis Yang Menghidap Kanser

Published: 20 Feb 2024 7.40 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 20 Februari 2024 - Lawatan kebajikan Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain ke atas pesara Sarjan Mejar Jaffri Jaafar memberi makna besar kepada pesara polis yang kini menetap di Alam Damai, Cheras, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-kebajikan-kpn-beri-erti-besar-kepada-pesara-polis-yang-menghidap-kanser
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:30 MYT
 
Kuala Lumpur, 20 Februari 2024 - Lawatan kebajikan Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain ke atas pesara Sarjan Mejar Jaffri Jaafar memberi makna besar kepada pesara polis yang kini menetap di Alam Damai, Cheras, di sini.

Walaupun padat dengan jadual urusan rasmi sejak awal pagi tadi, kelapangan waktu yang diusahakan oleh Tan Sri Razarudin itu menunjukkan komitmen dan keprihatinan beliau terhadap aspek kebajikan warga Pasukan amat tinggi.

Selain bertanya khabar dan menyantuni pesara Sarjan Mejar Jaffri, Tan Sri Razarudin turut menyampaikan sumbangan kebajikan untuk kegunaan bekas Penolong Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur itu.

Pesara Sarjan Mejar Jaffri yang menderita penyakit kanser tulang tahap empat kini ditemani isterinya dan telah berkhidmat selama 34 tahun dalam Polis Diraja Malaysia sebelum bersara wajib pada Januari tahun lalu.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Konstabel Muhammad Adzha Ahmad Zulkopli

May be an image of 3 people, dais, hospital and text that says 'o PREMIER'

May be an image of 4 people and dais

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 3 people, hospital and text that says 'PREMIER'

May be an image of 2 people and text that says 'RAZARUDIN L 10'

May be an image of 2 people
ArticlePublished 20 Feb 2024 7.40 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM