Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Rasmi Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Jsj Di Maktab Pdrm

Diterbitkan: 20 Feb 2024 7.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Cheras, 20 Februari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi merasmikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bilangan 1/2024 di Dewan KPN, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur (KL) dekat Cheras, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-rasmi-mesyuarat-pengurusan-tertinggi-jsj-di-maktab-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:40 MYT
Cheras, 20 Februari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi merasmikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bilangan 1/2024 di Dewan KPN, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur (KL) dekat Cheras, di sini.

Selepas ucapan aluan oleh Pengarah JSJ, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, Tan Sri Razarudin telah menyampaikan ucapan perasmian dan amanat di hadapan hampir 100 warga JSJ.

Dalam amanat beliau, Tan Sri Razarudin menekankan peranan barisan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) yang perlu dioptimumkan untuk menyelia, memantau serta berani menegur pegawai atau anggota bawahannya dalam melaksanakan tugas harian.

"Penggunaan walkie-talkie untuk memantau pergerakan elemen di lapangan hendaklah disegerakan.

"Saya juga telah memberi arahan untuk semua KBSJD hadir pada waktu malam di pejabat untuk bersama-sama melaksanakan pengoperasian di setiap daerah," tegas beliau.

Selain itu, Tan Sri Razarudin turut mengharapkan siri latihan dan perkongsian ilmu daripada KBSJD diperkukuhkan demi melahirkan pegawai pelapis yang mahir dalam bidang siasatan.

"Kecekapan penyeliaan yang sempurna dan perkongsian pengalaman menerusi siri latihan dan kursus secara berterusan perlu dilaksanakan.

"Saya yakin dan percaya bahawa dengan kebijaksanaan dan kelebihan sedia ada akan meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap Pasukan khasnya JSJ," ujar beliau lagi.

Seusai merasmikan mesyuarat tadi, Tan Sri Razarudin turut berbesar hati menyaksikan penyerahan Buku Laporan Pasukan Operasi DVI Insiden Pesawat Terhempas di Lebuhraya Elmina East, Shah Alam di antara Dato' Sri Mohd Shuhaily dengan Komandan Maktab PDRM KL, DCP Datuk Abu Samah Mohd Noor.

Hadir sama, barisan Timbalan Pengarah dan Ketua Penolong Pengarah JSJ Bukit Aman, Ketua-ketua Pusat Pengajian Maktab PDRM Kuala Lumpur dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 5 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 11 people, dais and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 4 people, dais and text

ArtikelDiterbitkan 20 Feb 2024 7.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM