Lawatan Isteri Menteri Dalam Negeri Ke Bukit Aman
Bukit Aman - 30 April 2008. Y.Bhg. Datin Seri Sharifah Aziah binti Syed Zainal Abidin, isteri Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar bin Syed Jaafar telah mengadakan lawatan dan ramah mesra bersama PERKEP Malaysia.
Ketibaan Y.Bhg. Datin Seri Sharifah Aziah binti Syed Zainal Abidin dan rombongan telah disambut oleh Y.Bhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, isteri YDH Ketua Polis Negara dan Pengerusi PERKEP Malaysia. Hadir sama di majlis tersebut Y.Bhg. Datin Suriati binti Md. Sobri, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Pengerusi-Pengerusi PERKEP Jabatan PDRM dan juga Pegawa-pegawai Kanan PDRM.
Y.Bhg. Datin Seri Sharifah Aziah binti Syed Zainal Abidin juga mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dengan melawat pejabat Menteri, pejabat YDH Ketua Polis Negara, pejabat YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan juga Bilik Persidangan.

tengah...Ketibaan Y.Bhg. Datin Seri Sharifah Aziah binti Syed Zainal Abidin disambut oleh Y.Bhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad

kanan...Y.Bhg. Datin Suriati binti Md. Sobri, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia bersamaPengerusi-Pengerusi PERKEP Jabatan PDRM

Y.Bhg. Datin Seri Sharifah Aziah binti Syed Zainal Abidin dan rombongan di pejabat Ketua Polis Negara

Bergambar kenangan di Tingkat 30, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman