Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lawatan Dan Sesi Taklimat Program Delegasi Kepimpinan Siswi Muamalat Universiti Utara Malaysia

Published: 09 Jun 2014 8.10 AM Updated: 15 Aug 2026 7.48 PM
Seramai tiga puluh tujuh orang siswi dari Universiti Utara Malaysia telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-dan-sesi-taklimat-program-delegasi-kepimpinan-siswi-muamalat-universiti-utara-malaysia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:08 MYT

Bukit Aman - 10 Julai 2008. Seramai tiga puluh tujuh orang siswi dari Universiti Utara Malaysia telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Lawatan Dan Sesi Taklimat Program Delegasi Kepimpinan Siswi Muamalat Universiti Utara Malaysia telah disambut oleh YDH Supt. Rasdi bin Ramli, Penguasa Perhubungan Awam, Bukit Aman. Turut hadir ialah DSP Lai Lee Ching, Ketua Unit Penyelidik/Perancang, Analisa & Rekod, Cawangan Perhubungan Awam serta pegawai-pegawai dan anggota Cawangan Perhubungan Awam, Bukit Aman.

Delegasi Kepimpinan Siswi Muamalat Universiti Utara Malaysia juga diiringi oleh Puan Hjh. Zabariah binti Che Man dan Cik Syarizan binti Dalib, Pensyarah Bahagian Kemanusian, Kolej Sastera & Sains, Universiti Utara Malaysia.

Sempena lawatan tersebut, Delegasi Kepimpinan Siswi Muamalat Universiti Utara Malaysia telah diberikan taklimat bertajuk 'Tugas dan Kerjaya Polis' di Auditorium PDRM, yang disampaikan oleh DSP Lai Lee Ching. Diakhir taklimat, telah di adakan juga sesi soal jawab dan penyampaian cenderahati serta jamuan ringan.

Lawatan Dan Sesi Taklimat Program Delegasi Kepimpinan Siswi Muamalat Universiti Utara Malaysia
Antara rombongan Delegasi Kepimpinan Siswi Muamalat Universiti Utara Malaysia

Lawatan Dan Sesi Taklimat Program Delegasi Kepimpinan Siswi Muamalat Universiti Utara Malaysia
Sesi soal jawab yang dikemukakan...

Lawatan Dan Sesi Taklimat Program Delegasi Kepimpinan Siswi Muamalat Universiti Utara Malaysia
Pengarah Projek, Cik Nor Zurida Ismail menerima cenderahati daripada Supt. Rasdi Ramli, Penguasa Perhubungan Awam.Hadir sama,DSP Lai Lee Ching, Ketua Unit Penyelidik/Perancang, Analisa & Rekod, Cawangan Perhubungan Awam 

Lawatan Dan Sesi Taklimat Program Delegasi Kepimpinan Siswi Muamalat Universiti Utara Malaysia
Supt. Rasdi bin Ramli menerima cenderahati daripada Cik Syarizan binti Dalib, Pensyarah Bahagian Kemanusian, Kolej Sastera & Sains, Universiti Utara Malaysia

Lawatan Dan Sesi Taklimat Program Delegasi Kepimpinan Siswi Muamalat Universiti Utara Malaysia
Kenangan...Bergambar kenangan bersama Penguasa Perhubungan Awam dan pegawai-pegawai dari Cawangan Perhubungan Awam

ArticlePublished 09 Jun 2014 8.10 AMUpdated 15 Aug 2026 7.48 PM