Article
Lawatan Dan Kunjungan Hormat Duta Perancis Ke Atas Timbalan Ketua Polis Negara
Telah berlangsung satu lawatan dan kunjungan hormat ke atas YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara oleh TYT Mart Barety, Duta Besa...
Bukit Aman , 28 Sept - Bertempat di Pejabat Timbalan Ketua Polis Negara, telah berlangsung satu lawatan dan kunjungan hormat ke atas YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara oleh TYT Mart Barety, Duta Besar Perancis ke Malaysia.
Lawatan dan kunjungan hormat yang berlangsung selama hampir sejam ini turut dihadiri, YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Husin, Timbalan Pengarah 1 KDN/KA dan YDH SAC Dato' Ramli bin Din, Penolong Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran).

Ketibaan TYT Duta Besar Perancis ke Malaysia, di Pejabat Timbalan Ketua Polis Negara.

YDH Timbalan Ketua Polis Negara berjabat tangan dengan TYT Mart Barety, Duta Besar Perancis.

Perbincangan di antara YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan Duta Besar Perancis.

Sesi perbincangan di antara PDRM dan TYT Mart Barety, Duta Besar Perancis.

HUBUNGAN DIPLOMATIK..YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar bersama TYT Mart Barety, Duta Besar Perancis.

MESRA..
Wartawan : L/kpl Helmi bin Saadin
Jurugambar : SM Megat Nizar bin Megat Uda Abdullah