Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lawatan Audit Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti 5s

Published: 12 Jun 2014 6.37 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
IPP Bukit Aman, 03 April 2013 - Lawatan Audit Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti 5S PDRM peringkat IPP Bukit Aman telah dijalankan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 03 Apr..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-audit-pensijilan-semula-amalan-persekitaran-berkualiti-5s
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 09:38 MYT
IPP Bukit Aman, 03 April 2013 - Lawatan Audit Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti 5S PDRM peringkat IPP Bukit Aman telah dijalankan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 03 April 2013 mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. 

Mesyuarat Pembukaan Lawatan Audit Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti 5S PDRM telah diadakan pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Logistik, Aras 16, Menara 1, Bukit Aman. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YDH SAC Dato' Shamsiah bt. Mohd Shariff, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Penyelidikan dan Pembangunan) dan dihadiri oleh YDH SAC Dato’ Zaleha bt. Abdul Rahman, Timbalan Pengarah (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan, YDH SAC Dato' Hj. Mohd. Aris bin Hj. Ramli, Ketua Penolong Pengarah (Pentadbiran/

Penyelidikan), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Encik Ismail bin Mohd Nor, Perunding Kanan MPC selaku juruaudit MPC serta wakil-wakil setiap jabatan. 

Mesyuarat Penutup Lawatan Audit Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti 5S PDRM dimulai jam 4.00 petang di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Logistik, Aras 16, Menara 1, Bukit Aman. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YDH SAC Dato' Shamsiah bt. Mohd Shariff, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Penyelidikan dan Pembangunan) dan dihadiri oleh Encik Ismail bin Mohd Nor, Perunding Kanan MPC selaku juruaudit MPC serta wakil-wakil setiap jabatan. 

Pada hari sama, Lawatan Audit Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti 5S PDRM turut dijalankan (2) lokasi iaitu IPPK Kuala Lumpur oleh Encik Zul Ezwan bin Muhamad manakal di IPPK Selangor oleh Puan Marziah bt. Ahmad dan Puan Norfaizah bt. Abdul Rahman.

Lawatan Audit Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti 5s
Mesyuarat Pembukaan Lawatan Audit Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti 5S PDRM yang dipengerusikan oleh YDH SAC Dato' Shamsiah bt. Mohd Shariff, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Penyelidikan dan Pembangunan).

Lawatan Audit Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti 5s
Pemeriksaan Dokumen AJK Pemandu Amalan Persekitaran Berkualiti 5S PDRM oleh Encik Ismail bin Mohd Nor.

Pemeriksaan Dokumen AJK Audit Amalan Persekitaran Berkualiti 5S PDRM oleh Encik Ismail bin Mohd Nor.

Lawatan Audit Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti 5s
Pemeriksaan Dokumen AJK Promosi Amalan Persekitaran Berkualiti 5S PDRM oleh Encik Ismail bin Mohd Nor.

Lawatan Audit di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil oleh Encik Ismail bin Mohd Nor.

Lawatan Audit Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti 5s
Lawatan Audit di Bahagian D6, Jabatan Siasatan Jenayah oleh Encik Ismail bin Mohd Nor.

Lawatan Audit Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti 5s
Lawatan Audit di Bahagian Pendaftar Pasukan, Jabatan Pengurusan oleh Encik Ismail bin Mohd Nor.

Lawatan Audit Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti 5s
Mesyuarat Penutup Lawatan Audit Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti 5S PDRM yang dipengerusikan oleh YDH SAC Dato' Shamsiah bt. Mohd Shariff, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Penyelidikan dan Pembangunan) dan penemuan laporan audit telah dibentangkan oleh En. Ismail bin Mohd Nor.

Lawatan Audit Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti 5s
YDH SAC Dato' Shamsiah bt. Mohd Shariff, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Penyelidikan dan Pembangunan) menandatangani Ringkasan Eksekutif Laporan Audit dari MPC.

ArticlePublished 12 Jun 2014 6.37 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM