Lawatan Akademik Pelajar Uitm Ke Bukit Aman
Bukit Aman, 15 Mei 2017 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memiliki lipatan sejarah yang unik dan tersendiri tampil dengan inisiatif menyampaikan ilmu pengetahuan yang produktif kepada 29 deligasi dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.
Sebagai pembukaan dalam sesi lawatan ini, Ketua Unit Telekomunikasi (Operasi), Bahagian Telekomunikasi Dan Sistem Maklumat, Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT), Superintendan Ismail Rajab telah menyampaikan syarahan pembelajaran yang menjurus kepada pengurusan sistem teknologi dan telekomunikasi di dalam PDRM.
Dalam syarahan tersebut, para pelajar diberi pendedahan mengenai sistem aplikasi, penggunaan ‘Very High Frequency’ (VHF) Radio serta pelbagai lagi peralatan komunikasi yang digunakan dalam penugasan harian warga PDRM.
Rombongan diteruskan dengan lawatan ke Galeri Ketua Polis Negara (KPN) dan Muzium PDRM yang diiringi oleh Insp Kajian/Dokumentasi/Koleksi Muzium PDRM, Insp Mohd Aizuddien Baharom.
Selain itu, para pelajar turut berkesempatan mengenali barisan KPN yang terdahulu, struktur organisasi PDRM, tugas-tugas pegawai kanan dan anggota serta penerangan berkenaan setiap barangan yang dipamerkan seperti senjata-senjata lama, barangan rampasan daripada pihak Komunis serta pelbagai lagi barangan bersejarah.
Para pelajar dilihat amat menghayati serta teruja di sepanjang lawatan tersebut dan ianya diharap dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai PDRM dan penugasannya.
Para pelajar bergambar kenangan bersama Ketua Unit Telekomunikasi (Operasi), Bahagian Telekomunikasi Dan Sistem Maklumat, Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT), Superintendan Ismail Rajab serta warga PDRM.
Penyampaian syarahan oleh Ketua Unit Telekomunikasi (Operasi), Bahagian Telekomunikasi Dan Sistem Maklumat, Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT), Superintendan Ismail Rajab.
Sepanjang lawatan ke Galeri KPN berlangsung.
Sepanjang lawatan ke Muzium PDRM berlangsung.
Sesi penyampaian cenderahati.
Sesi penyampaian cenderahati.
Sesi penyampaian cenderahati.
Sesi penyampaian cenderahati.
Para pelajar bergambar kenangan.
Para pelajar bergambar kenangan.
Para pelajar bergambar kenangan.