Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Latihan Tembak Jabatan Pengurusan Bukit Aman

Diterbitkan: 09 Jun 2014 2.10 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.48 PM
Setiap Pegawai Kanan, Anggota Pangkat Rendah (APR) dan Konstabel di dalam Polis Diraja Malaysia telah dilatih menggunakan beberapa jenis senjatapi..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/latihan-tembak-jabatan-pengurusan-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:12 MYT

Kuala Kubu Bharu, Selangor - 10 Julai 2007. Setiap Pegawai Kanan, Anggota Pangkat Rendah (APR) dan Konstabel di dalam Polis Diraja Malaysia telah dilatih menggunakan beberapa jenis senjatapi yang terdapat di dalam pasukan mengikut kesesuaian dan keadaan tugas yang dijalankan. Untuk memastikan Pegawai/APR/Kontabel dapat mengekalkan pengetahuan dan kemahiran menembak serta penggunaan senjatapi, peruntukan peluru telah diperolehi untuk latihan menembak tahunan bagi tahun 2007. Disamping itu, pencapaian tahap/markah bagi seseorang Pegawai/APR/Konstabel direkodkan sejajar dengan kehendak PTKPN A 205.

Dengan tujuan tersebut, maka Jabatan Pengurusan dengan kerjasama Cawangan Kem Komandan telah mengaturkan latihan tembak senjata Raifel M16 A1 dan Pistol Automatik Vektor SP1 9mm bertempat di Lapang Sasar IPD Kuala Kubu Bharu, Selangor pada 9 hingga 13 Julai 2007.

Latihan Tembak Jabatan Pengurusan Bukit Aman
Tembak Permintaan Berlutut Raifel M16 A1...DSP Syed Zainal Abidin bin Syed Zin (baju merah), Kurator Muzium PDRM bersama anggota sedang menenang target yang jaraknya 100 meter.

Latihan Tembak Jabatan Pengurusan Bukit Aman
Acara Defensive Shooting menggunakan Pistol Automatik Vektor SP1 9mm...

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 2.10 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.48 PM