Latihan Tembak Jabatan Pengurusan Bukit Aman
| Kuala Kubu Bharu, Selangor - 10 Julai 2007. Setiap Pegawai Kanan, Anggota Pangkat Rendah (APR) dan Konstabel di dalam Polis Diraja Malaysia telah dilatih menggunakan beberapa jenis senjatapi yang terdapat di dalam pasukan mengikut kesesuaian dan keadaan tugas yang dijalankan. Untuk memastikan Pegawai/APR/Kontabel dapat mengekalkan pengetahuan dan kemahiran menembak serta penggunaan senjatapi, peruntukan peluru telah diperolehi untuk latihan menembak tahunan bagi tahun 2007. Disamping itu, pencapaian tahap/markah bagi seseorang Pegawai/APR/Konstabel direkodkan sejajar dengan kehendak PTKPN A 205. |

