Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Latihan Keselamatan Kebakaran Bersama Bomba Peringkat Bukit Aman

Published: 11 Dec 2015 6.52 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 11 Dis – Polis Diraja Malaysia (PDRM) pagi tadi telah menganjurkan satu latihan keselamatan kebakaran bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kuala Lumpur yang telah berlangsung di Menara 1, Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/latihan-keselamatan-kebakaran-bersama-bomba-peringkat-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:03 MYT

LATIHAN KESELAMATAN KEBAKARAN BERSAMA BOMBA PERINGKAT BUKIT AMAN

Kuala Lumpur, 11 Dis – Polis Diraja Malaysia (PDRM) pagi tadi telah menganjurkan satu latihan keselamatan kebakaran bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kuala Lumpur yang telah berlangsung di Menara 1, Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman, di sini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar yang turut serta bersama-sama seluruh warga PDRM dalam latihan tersebut telah mengajak seluruh warga PDRM agar menghayati objektif utama latihan tersebut diadakan iaitu untuk membentuk sikap waspada dan sentiasa bersedia di kalangan warganya tentang bahaya ancaman kebakaran.

“Bagi membentuk kesedaran yang berterusan di kalangan warga PDRM adalah penting bagi menentukan prosedur keselamatan yang baik antaranya kekerapan pemeriksaan, penyelenggaraan dan ‘fire drill’ yang menjadi rutin bagi pencegahan dan pelepasan diri sekiranya berlaku kebakaran”, ujar beliau dalam ucapannya.

Dalam majlis tersebut, beliau turut melahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh jawatankuasa kerja khususnya JBPM, Kuala Lumpur yang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman kepada warga PDRM dalam sesi kali ini.

Terdahulu, majlis turut mendapat tepukan gemuruh setelah Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim diberi penghargaan oleh JBPM untuk membuat demonstrasi yang betul memadamkan api di tapak majlis tersebut.

Hadir sama adalah Pengarah Pengurusan, Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Tuan Abu Obaidat Mohamad Saithalimat, Dato'-Dato' Pegawai Kanan PDRM, para Pegawai Kanan, Anggota Pangkat Rendah PDRM dan rakan-rakan media.

Latihan Keselamatan Kebakaran Bersama Bomba Peringkat Bukit Aman
Kenderaan Bomba dan penyelamat tiba untuk melakukan demostrasi..

Latihan Keselamatan Kebakaran Bersama Bomba Peringkat Bukit Aman
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar menyaksikan demostrasi yang dilakukan,,,

Latihan Keselamatan Kebakaran Bersama Bomba Peringkat Bukit Aman
Antara aksi menyelamatkan mangsa yang ditunjukkan oleh anggota Bomba...

Latihan Keselamatan Kebakaran Bersama Bomba Peringkat Bukit Aman
Sekitar Latihan Kebakaran di Tapak Parkir Mes Pegawai Kanan Bukit Aman..

Latihan Keselamatan Kebakaran Bersama Bomba Peringkat Bukit Aman
Para petugas PDRM dan JBPM bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar..




ArticlePublished 11 Dec 2015 6.52 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM