Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lapan Lelaki Terlibat Judi Ditahan

Published: 13 Sep 2016 6.59 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kota Tinggi , 12 September 2016 - Sekumpulan lelaki yang leka bermain judi di tapak projek rumah kongsi Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, di sini tahan dalam satu serbuan pada Khamis lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lapan-lelaki-terlibat-judi-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:33 MYT
Kota Tinggi , 12 September 2016 - Sekumpulan lelaki yang leka bermain judi di tapak projek rumah kongsi Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, di sini tahan dalam satu serbuan pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Rahmat Othman berkata, lapan kaki judi yang ditahan dalam serbuan pukul 9.15 malam itu berusia antara 23 hingga 53 tahun.

"Menerusi serbuan dilakukan Pasukan D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Pasukan Task Force IPD Kota Tinggi itu, kita turut menahan dua lelaki berusia 48 dan 51 tahun.

"Kedua-duanya dipercayai penganjur perjudian tersebut manakala lima lelaki Indonesia dan satu lelaki warga Bangladesh berusia 23 hingga 46 ditahan sedang bermain judi bola," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Menurut beliau, turut dirampas satu papan yang mengandungi 12 petak, satu papan golek warna hijau, dua bola getah, dua meja kayu, empat kerusi, empat getah pena-han papan dan wang tunai RM725. 

Dua' lelaki itu direman empat hari bermula hari ini hingga Jumaat ini manakala enam warga asing itu direman 14 hari bermula 9 September hingga 22 September untuk membantu siasatan. 

Menurutnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 6 (1) ARJT 1953, Seksyen 6 (l) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Sumber : Utusan Malaysia

Lapan Lelaki Terlibat Judi Ditahan
ArticlePublished 13 Sep 2016 6.59 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM