Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lapan Lelaki Disyaki Dari Dua Geng Curi Motosikal Ditahan

Diterbitkan: 16 Jun 2014 3.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Lapan lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan curi motosikal di sekitar daerah ini ditahan dalam operasi di Sungai Chua dan Kajang Utama di sini..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lapan-lelaki-disyaki-dari-dua-geng-curi-motosikal-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:00 MYT
KAJANG, 15 Feb 2011 (Bernama)

Lapan lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan curi motosikal di sekitar daerah ini ditahan dalam operasi di Sungai Chua dan Kajang Utama di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Azman Ayob berkata mereka yang ditahan dalam operasi pada 4 dan 10 Feb lepas itu berusia 16 tahun hingga 20-an.

Dalam serbuan pada pukul 2 petang 4 Feb, polis menahan empat lelaki tempatan dan merampas komponen motosikal yang dileraikan dan kesemua mereka mengaku terlibat dalam 30 kes curi motosikal di daerah ini.

Empat lagi lelaki yang ditahan dalam serbuan di sebuah rumah kosong di Kajang Utama pada pukul 7 pagi 10 Feb pula mengaku terlibat dalam 20 kes pecah kereta dan polis turut menemui lima motosikal yang dipercayai dicuri, katanya kepada pemberita pada hari Selasa.

Beliau berkata polis percaya kumpulan itu menjalankan kegiatan mereka di sekitar daerah ini sejak enam bulan lepas.
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 3.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM