Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lapan Geng Sindiket Penipuan Ditahan

Published: 24 Sep 2014 9.39 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 24 Sept.- Lapan lelaki dipercayai ahli sindiket penipuan cabutan bertuah ditahan dalam satu serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman di sebuah pangsapuri di Jalan Alor, di sini, 10 Sept lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lapan-geng-sindiket-penipuan-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:29 MYT
Oleh: KPL Mohd Shareel

LAPAN GENG SINDIKET PENIPUAN DITAHAN

Kuala Lumpur, 24 Sept.- Lapan lelaki dipercayai ahli sindiket penipuan cabutan bertuah ditahan dalam satu serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman di sebuah pangsapuri di Jalan Alor, di sini, 10 Sept lalu.

Timbalan Pengarah JSJK, Datuk Wira Haji Hamza bin Taib berkata, sindiket ini baru hendak beroperasi dan cuba menyasarkan mangsa-mangsa dari luar negara iaitu Australia dan New Zealand.

Menurutnya, sindiket ini menggunakan trend penipuan yang dinamakan 'Phising' yang mana mereka meletakkan virus yang dihantar melalui sms yang mempunyai pautan ke dalam telefon pintar atau komputer yang berfungsi apabila mangsa menggunakan 'online banking'.

Kesemua yang ditahan berumur diantara 25 hingga 31 tahun merupakan warga tempatan bersama beberapa bahan bukti seperti komputer riba telefon bimbit turut dirampas.

"Salah seorang orang yang ditahan terlibat dengan kes menghina agama melalui Facebook dan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948," katanya lagi.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati apabila sistem 'online banking' dan tidak mudah memberi maklumat peribadi seperti nombor akuan bank kepada orang yang tidak dikenali.

_MG_0820
Antara bahan bukti yang dirampas.

_MG_0828
Antara bahan bukti yang dirampas.

_MG_0830
Antara bahan bukti yang dirampas.

_MG_0881
Datuk Wira Haji Hamza bin Taib menunjukkan bahan bukti.
ArticlePublished 24 Sep 2014 9.39 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM