Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lapan Ditahan Di Skudai Kes Samun Selesai

Diterbitkan: 03 Sep 2014 8.25 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Johor Bahru, 3 Sept - Polis percaya dapat menyelesaikan lapan kes samun di sekitar bandar raya ini selepas menahan lapan lelaki di dua lokasi berasingan di Skudai semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lapan-ditahan-di-skudai-kes-samun-selesai
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:16 MYT
LAPAN DITAHAN DI SKUDAI, KES SAMUN SELESAI

Johor Bahru, 3 Sept - Polis percaya dapat menyelesaikan lapan
kes samun di sekitar bandar raya ini selepas menahan lapan lelaki di dua lokasi berasingan di Skudai semalam.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Supt Noor Hashim Mohamad berkata dua daripada mereka ditahan pada pukul 3 pagi di Jalan Silat Harimau, Bandar Selesa Jaya manakala enam lagi ditahan kemudiannya di sekitar Taman Skudai Baru.

"Terdahulu, polis menerima maklumat berkaitan satu kes samun membabitkan tiga lelaki berparang di sebuah kedai menjual telefon bimbit di Taman Damai Jaya, Skudai pada 1 pagi 31 Ogos lepas.

"Bertindak atas maklumat berkenaan, polis berjaya menahan sebuah kereta bersama dua lelaki semalam dan siasatan lanjut kemudiannya berjaya menahan enam yang lain," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya hari ini.

Beliau berkata hasil penahanan lapan lelaki terbabit, polis merampas pelbagai barangan termasuk sebuah kereta, 17 telefon bimbit, tiga bilah parang, 60 keping kad tambah nilai prabayar dan wang tunai RM514.

Pemeriksaan mendapati tiga daripada mereka mempunyai rekod dadah manakala tiga lagi mempunyai rekod jenayah lain.

Katanya kesemua yang berumur 17 hingga 24 tahun itu dipercayai terlibat dengan jenayah terbabit sejak enam bulan lepas dan mereka kini direman sehingga Ahad ini untuk siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 03 Sep 2014 8.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM